Gadis Kecil ‘Ditampar’ Askar Selepas Beri Bunga Kepada Ratu Jadi Viral (Gambar)



VIDEO yang sudah viral sejak 2 hari lepas ini ternyata masih menarik perhatian pengguna laman media sosial.

Ianya melibatkan seorang budak perempuan yang sempat menyapa Ratu England, Ratu Elizabeth dengan jambangan bunga ketika membuat lawatan di Stadium Millenium khamis lepas.



Maisie Gregory yang berpakaian lengkap tradisional Wales telah ditugaskan memberi sejambak bunga kepada ratu sebelum baginda berangkat pulang.

Namun, Maisie secara tidak sengaja telah ditampar oleh askar yang sedang bertugas ketika melakukan tabik hormat kepada baginda.

Video tersebut telah viral terutama di laman makro Twitter, dengan rata-rata netizen melahirkan simpati kepada gadis kecil itu.

Sumber: Mynewshub


Category Article

What's on Your Mind...