Gitar John Lennon Yang Dicuri Ditemui Selepas 45 Tahun (Gambar)



San Diego: Selepas 45 tahun seorang lelaki di San Diego menyedari gitar yang dibelinya pada 1969 sebenarnya milik anggota kumpulan Beatles, John Lennon, yang hilang pada 1963 selepas membuat persembahan pra Krismas di London.

Gitar itu, Gibson J-180E ialah satu daripada dua yang dibeli Lennon dan George Harrison pada 1962 dari sebuah kedai di Liverpool dan dia menggunakannya selama 15 bulan sebelum hilang.

Pada 1969, guitar berkenaan dibeli kontraktor bangunan, John McCaw, daripada seorang kenalan dengan harga kira-kira AS$175.

Menurut McCaw, kenalannya itu tidak tahu gitar dibelinya dari sebuah kedai muzik dua tahun sebelum itu milik Lennon.

Selepas 45 tahun menggunakan gitar itu mengajar anak lelakinya serta kegunaan sendiri, McCaw membaca majalah Guitar Aficionado keluaran 2012 tahun lalu dan ternampak gambar gitar milik George Harrison yang sama dengan gitar miliknya.

Bagi mengesahkannya, McCaw dan seorang rakan menemui pakar yang kemudian mengesahkan gitar itu milik Lennon yang menggunakannya secara kasar dengan kesan calar akibat ditampar dan diketuk. Kesan calar itu mengesahkan ketulenan gitar berkenaan milik Lennon.

McCaw yang menegaskan dia tidak mencari untung melalui gitar itu dan mahu mengembalikannya kepada dunia dan tidak menghebahkan penemuan itu sehingga benar-benar pasti dan prosesnya selesai.

Gitar itu diserahkan kepada Dewan Kegemilangan Muzium Grammy di Los Angeles. Ketika ini dipamer di Muzium Presidential LBJ di Texas sempena festival Beatlemania sebelum dipulangkan kepada Muzium Grammy bulan depan.

Gitar itu akan dilelong tahun ini dan sebahagian hasil jualan akan diserahkan kepada badan kebajikan. – NBC News

McCaw tidak kaut keuntungan hasil penemuan gitar Gibson J-180E (gambar kecil) yang pernah dimiliki John Lennon.

Sumber: HarianMetro


Category Article

What's on Your Mind...