iPhone Meletup Dalam Poket (Gambar)



Baru-baru ini tersebar beberapa gambar yang mendakwa iPhone meletup di dalam poket seluar sorang remaja lelaki.

Gambar yang dimuat naik oleh seorang individu mengakui kejadian itu berlaku di depan matanya sendiri.

“Ishh, depan mata, handphone member meletup dalam poket. Jaga-jagalah siapa yang guna iPhone,”

Bagaimanapun kenyataan itu tidak jelas dan lengkap mengenai ketulenan iPhone berkenaan.

Mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan kecil di bahagian peha kanannya yang melecur akibat letupan kecil itu.

Difahamkan, iPhone milik mangsa itu adalah tulen dan dibeli di gedung gajet terkemuka di ibu kota, KL.

Menurut rakan mangsa, iPhone itu dibeli di premis jualan produk Apple yang rasmi. Namun masih diragui ketulenannya berikutan umum mengetahui apa saja yang keluar dari gedung gajet tersebut, tidak dijamin tulen.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati membeli barangan elektronik dan pastikan dijual oleh penjual rasmi sahaja.

Sumber: Thehypemedia


Category Article

What's on Your Mind...