Kadar Rasmi Bayaran Zakat Fitrah 2015 Setiap Negeri



Kadar rasmi bayaran Zakat Fitrah bagi setiap negeri tahun 2015 1436H di Malaysia.

Umat islam yang berkemampuan adalah diwajibkan untuk menunaikan Zakat Fitrah seperti yang termaktub dalam rukun Islam yang ke empat.

Bayaran zakat seeloknya dibuat bermula pada awal bulan Ramadhan dan selewatnya sebelum bulan Syawal.

Zakat yang terkumpul akan diagihkan kepada golongan atau keluarga miskin atau anak yatim piatu atau yang layak sahaja dan beragama Islam.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015 Setiap Negeri Di Malaysia

Zakat Fitrah 2015 bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu.


Nota: Kadar Bayaran Zakat bagi setiap negeri akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat Fitrah

Orang Islam- Zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja.

Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik- Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

Harta tersebut telah cukup Nisab- Maksud Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas)

Cukup Haul- Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi.

Panduan Cara Membayar Zakat Fitrah
Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Bayaran zakaat juga boleh dibuat menerusi kaunter/booth bayaran Zakat di pusat membeli belah.

Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.


Category Article

What's on Your Mind...