Kerajaan Perkenalkan Satu Lagi Peluang ‘Buat Duit’, Sama Seperti BR1M


PM Najib Razak telah melancarkan sebuah program khas sama seperti BR1M namun haruslah melaksanakan tugas yang diberikan sebelum mendapat bayaran.


Program ini dinamakan E-Rezeki dimana pemohon haruslah menghadiri kursus atau sesi latihan dan buat tugasan yang diberikan. Jika memuaskan, pembayaran akan dibuat kepada individu terbabit.

Borang Pendaftaran E-Rezeki Pendapatan Online Malaysia

Sila layari: http://j.mp/1Jftp1Y

Syarat Kelayakan E-Rezeki

1. Terbuka kepada pendapatan isi rumah RM4,000 dan kebawah

2. Pelajar IPTA/ IPTS

3. Suri Rumah

4. Pesara

5. Warga Emas

Panduan Mudah E-Rezeki Malaysia Online

1. Sila daftar di portal rasmi E-Rezeki

2. Hadiri sesi latihan mengenai tugasan yang diberikan

3. Setelah layak, akses platform untuk memilih tugasan yang anda ingin laksanakan

4. Pembayaran akan dibuat jika tugasan yang memuaskan sahaja.

e-Rezeki Berpotensi Jana Pendapatan Tambahan

Shahaniza (dua, kanan) melancarkan e-rezeki peringkat negeri Pahang di sini.

KUANTAN – Seramai 218 peserta dari Pahang mendaftar dengan program e-Rezeki dalam tempoh sejam dalam usaha menjana pendapatan tambahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, terdapat kira-kira 80 juta tugasan disediakan kepada peserta program berkenaan di seluruh negara.

Menurutnya, orang ramai boleh menyertai program itu dengan mendaftar melalui portal e-Rezeki di bawah seliaan Digital Malaysia dan mereka yang mempunyai akses internet.

“Melalui program ini, mereka boleh meraih pendapatan tambahan antara RM300 hingga RM4,000 sebulan bergantung pada tugasan yang dilaksanakan berdasarkan kemahiran yang ada.

“Bagi urusan pendaftaran ini, saya percaya tidak ada masalah memandangkan terdapat 88 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di seluruh Pahang yang menyediakan perkhidmatan internet secara percuma dan mereka yang berminat boleh mengunjungi PI1M untuk mendaftar,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Program e-Rezeki Peringkat negeri di Pusat Induk Komuniti, di sini, semalam.

Shahaniza berkata, program tersebut harus dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Pahang agar mendapat pendapatan tambahan yang memberangsangkan.

Program yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di ibu negara semalam adalah program yang memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah menambahkan pendapatan mereka itu turut dilancarkan serentak di Shah Alam, Kuala Terengganu dan Kedah.


Category Article

What's on Your Mind...