KUCING MATI DIMASAK ENJIN KERETA



PULAU PINANG - Beberapa gambar seorang wanita menangis teresak-esak di Jambatan Pulau Pinang tersebar di laman sosial. 

Kisah wanita itu dimuat naik oleh laman Facebook Penang Kini pada 13 Jun lalu mendapat ratusan Like dan Share di Facebook.

"Ceritanya, on the way balik kerja tadi. Ternampak kereta Proton Saga ini berhenti di laluan kecemasan Jambatan Pulau Pinang dan pemiliknya seorang wanita Melayu sedang menangis.

'Saya pun bertanyalah kenapa, kot-kot boleh hulurkan bantuan. 

"Makcik ini berkata, meter radiator keretanya panas melampau dan apabila dia buka bonet depan, baru sedar kucing belaannya sangkut dalam enjin kereta.

"Dah mati dimasak enjin panas. Bau kuat sangat. Daging dan bulu kucing berbau hangit.

Difahamkan, kucing malang itu cuba mengikut tuannya dari rumah lagi, namun tidak dibenarkan. Menyangka si comel itu akur dan hilang dari pandangannya, wanita berkenaan terus masuk dalam kereta dan meneruskan perjalanan ke destinasi.

Bagaimanapun, kucing itu tadi rupa-rupanya sudah masuk ke bahagian ruangan enjin kereta dan tersangkut.

"Menangis teruk makcik ini. Sudahlah kucing betina masih menyusukan anak kecilnya. Mesti seksa kucing ini nak mati tadi. Tak dapat nak bayangkan," kata pengendali laman berkenaan.

Perkara seperti ini seringkali terjadi. Para pencinta kucing dinasihatkan agar memeriksa terlebih dahulu bahagian bawah kenderaan dan bahagian enjin sebelum menghidupkan enjin kenderaan.

Paling tidak, serulah nama-nama kucing anda dan jika kucing itu tampil, letakkan mereka jauh dari kenderaan anda untuk menggelakkan perkara seperti ini berlaku. - THEHYPEMEDIA.COM


Category Article

What's on Your Mind...