Laman Facebook Pendaki Bogel Emil Kaminski, Diserang Netizen



PUTRAJAYA – Facebook milik salah seorang pelancong asing yang berb0gel di Gunung Kinabalu baru-baru ini berjaya dikesan agen penyiasat Facebook.

Emil Kaminski, warganegara Kanada, memuat naik kenyataan di Facebook bahawa dia dan rakan-rakannya masih berada Sabah.

“Anywho, the place is a shith0le. But I am stuck here for a few more days until the whole ‘nak-ed-on-a-mountain’ thing dies down. Luckily the dumbasses here have no internet and no idea!,” katanya.

Emil juga dilaporkan sudah membuat tempahan tiket penerbangan AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Tawau ke Kuala Lumpur pada 10 Jun ini dan seterusnya menaiki penerbangan antarabangsa ke Taipei pada hari yang sama.


Berikutan penemuan Facebook Emil Kaminski tersebut, ramai rakyat Malaysia menyerang warga Kanada itu tanpa henti sehingga ke waktu laporan ini ditulis.

Difahamkan, Emil telah banyak melakukan aksi-aksi b0gel di tempat-tempat yang dikunjunginya dan di Gunung Kinabalu bukanlah yang pertama kali.

Ada di antara rakyat Malaysia memuat naik gambar-gambar mayat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu di Facebook Emil. Tidak kurang juga yang melemparkan kata-kata amaran, nasihat dan juga ancaman terhadapnya.

Rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sabah kini mendesak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas dan menghalang sekumpulan pelancong asing berkenaan melarikan diri dari negara ini.

Sumber: Thehypemedia


Category Article

What's on Your Mind...