'MANAGER TAK BAGI KAMI SOLAT'



Fazly Fazz Zulkifli, memuat naik status di laman Facebook yang menyatakan manager di tempatnya bekerja tidak membenarkan dia dan rakannya bersembahyang di waktu kerja.

Fazly kecewa dengan tindakan manager berkenaan sehingga terdetik di hatinya untuk berhenti namun dek kepayahan nak mencari kerja lain menyebabkan niatnya itu terbantut.

"Urgent, harap kaum Islam terutamanya Majlis Agama mengambil tindakan dan tolong kami. Kami tak tahu nak lawan macam mana.

"Minta bantuan semua, saya ada masalah di tempat kerja. My manager kata kami tak boleh pergi sembahyang di waktu kerja. Kalau mahu pergi sembahyang pun pada waktu rehat sahaja.

"Rehat yang selama satu jam itu pun hanya dapat mengerjakan solat zohor. Macam mana pula dengan asar dan maghrib?

"Saya dah pening. Semak dengan pejabat buruh, dia kata kerajaan tak ada mengeluarkan akta yang mengatakan orang Malaysia beragama Islam boleh keluar sembahyang di waktu kerja. Apatah lagi di waktu solat Jumaat.

"Saya berasa pelik, adakah saya di negara lain yang bukannya negara Islam? Saya sangat kecewa sampai tak tahu nak buat apa. Nak berhenti kerja, sekarang tengah gawat. Siapa pula yang nak ambil saya bekerja nanti? 

"Saya kecewa dengan Malaysia yang tak mementingkan hukum hakam sebuah negara Islam. Saya ada bukti dalam bentuk voice dekat WhatsApp. Sesiapa nak dengar boleh add saya 0182231018. Ini serius. Tak tahu nak upload di Facebook," katanya.

Luahan Fazly itu dimuat naik oleh laman Facebook popular, Oh! Media, mendapat reaksi dari netizen yang rata-ratanya menyarankan agar Fazli berhenti kerja.

Menurut mereka, rezeki ada di mana-mana. Bukannya hanya tempat itu dia boleh mencari makan. 

Ada pula segelintir yang tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana tindakan yang tidak bijak itu bakal mengundang kesukaran pada diri sendiri.

Kes larangan pada pekerja beragama Islam untuk bersolat ini seringkali terjadi. Namun tidak begitu dipedulikan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. - THEHYPEMEDIA.COM


Category Article

What's on Your Mind...