'RAMAI ORANG DI PUTRAJAYA NAK BELASAH SAYA'



JOHOR BAHRU - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada rakyat Johor yang berhimpun menyatakan sokongan padu kepadanya yang berperang mulut dengan seorang menteri kabinet, Datuk Seri Nazri Aziz.

Dalam perhimpunan itu, baginda sempat menyindir Nazri, 'Orang Putrajaya' mahu membelasahnya hanya kerana bersuara demi kesejahteraan rakyat. 

"Saya tidak mahu bercakap banyak kerana ramai 'orang di Putrajaya' nak whack (membelasah) saya," sindirnya terhadap Ahli Parlimen Rengas itu.

Pada masa yang sama, TMJ menegaskan yang beliau akan sentiasa menegakkan kedaulatan Johor dan akan terus bersuara demi bangsa Johor dan rakyat Malaysia.

"Sebagaimana yang dipesan oleh Duli Yang Maha Mulia ayahanda saya, bahawa saya adalah hamba rakyat Johor," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM


Category Article

What's on Your Mind...