RINGGIT SUSUT NILAI BUKAN KERANA TUN MAHATHIR


KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan nilai ringgit jatuh disebabkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang didakwa oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Menurut BNM, kejatuhan nilai ringgit itu adalah disebabkan oleh kesan pembangunan ekonomi global dan domestik selain dari turut menegaskan ia neutral politik dan tidak akan terlibat dengan agenda politik.

"Perkembangan global termasuklah jangkaan pelabur berkaitan polisi kewangan bank utama dan kecenderungan trend harga minyak mentah dan gas. Faktor domestik termasuk kebimbangan entiti berkaitan kerajaan dan isu membabitkan rating," kata BNM.

Ketidaktentuan dalam beberapa isu itu menyumbang kepada kedudukan kewangan negara. 

"Faktor luaran di luar kawalan mana-mana ekonomi pasaran terbuka, usaha perlu digembleng untuk menyelesaikan isu domestik yang melibatkan ekonomi kita. Sebaik sahaja isu ini diselesaikan, prestasi matawang dijangka konsisten dengan prinsip asas ekonomi dan prospek perkembangannya," katanya.

Ringgit berada di kedudukan lemah berbanding dolar AS dengan 1.29% didagangkan pada 3.7090 semalam. Sehingga hari ini, ringgit semakin lemah dengan penyusutan sebanyak 6.08%.

BNM berkata, ia akan kekal fokus debgan peranannya mengekalkan kestabilan kewangan bagi menyokong kestabilan ekonomi. – 19 Jun, 2015. - Sumber THEMALAYSIANINSIDER


Category Article

What's on Your Mind...