Roket SpaceX Falcon 9 Hancur Berkecai Sebaik Dilancarkan (Video)


Menurut NASA ketika beberapa minit awal SpaceX Falcon 9 dilancarkan segalanya kelihatan lancar (gambar bawah) sehinggalah berlaku letupan selepas roket tanpa pemandu yang menuju ke ISS itu mencapai kelajuan supersonik (atas kanan) dan serpihannya jatuh berderai ke Lautan Atlantik (atas kiri). – Foto NASA

CAPE CANAVERAL, 28 Jun: Misi sebuah roket yang dinamakan SpaceX Falcon 9 untuk menghantar bekalan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) gagal apabila ia meletup sejurus selepas dilancarkan.

Therakyatpost melaporkan, Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) mengesahkan insiden itu berlaku hanya beberapa minit selepas roket berkenaan berlepas dari tapak pelancaran di Cape Canaveral, Florida.

Serpihan SpaceX Falcon 9 dapat dilihat jatuh berderai ke dalam Lautan Atlantik, lapor Badan Penyiaran British BBC.

Pengulas NASA George Diller berkata “kenderaan itu telah pecah” namun tidak jelas bagaimana nahas itu berlaku.

Ini adalah kali kedua pelancaran di tapak berkenaan gagal.

Pada April lalu, sebuah kapal kargo angkasa Rusia berpusing tanpa dapat dikawal dan jatuh terhempas.

Manakala terdahulu pada Oktober tahun lalu, sebuah lagi kapal penghantar bekalan syarikat berkenaan turut musnah setelah meletup ketika dilancarkan.

Bagi syarikat Amerika Syarikat SpaceX pula ini adalah kali ketiga percubaannya melancarkan misi ke angkaasa lepas gagal.

Sebelum ini dua percubaan pada Januari dan April lalu berakhir dengan insiden roketnya terhempas dan meletup di di Lautan Atlantik.

SpaceX dalam kenyataannya berkata, pada peringkat awal pelancaran roket tanpa pemandu atau angkasawan itu berjalan lancar sehinggalah ketika ia mula mencapai kelajuan supersonik.

Roket SpaceX Falcon 9 itu sepatutnya menghantar sebuah kapal angkasa kargo ke ISS.

Bahagian bawah segmen roket itu kemudian sepatutnya berpatah balik menggunakan enjinnya untuk terbang sendiri turun ke sebuah roket tunda terapung.


Category Article

What's on Your Mind...