RUGI RM1,500 DITIPU PASANGAN LESBIAN


SELANGOR - Malang nasib seorang gadis menjadi mangsa penipuan individu yang tidak bertanggungjawab di laman jual beli online popular, mudah.my.

Difahamkan, mangsa telah melayari laman mudah.my untuk mencari rumah sewa. Berkenan dengan sebuah iklan rumah sewa yang dimuat naik oleh individu bernama Niza, mangsa terus menghubunginya. 

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membuat bayaran sebanyak RM700.00, sebahagian dari wang pendahuluan yang asal iaitu RM1,500.00 pada April lalu. Manakala, baki RM800.00 pula dibayar secara tunai pada bulan Mei.

Setelah membuat pembayaran deposit, gadis itu dimaklumkan boleh masuk ke rumah sewa itu pada 6 Jun. Mangsa juga telah membuat perjanjian sewa rumah dan surat pernjanjian telah ditandatangani, malah tuan rumah juga telah menyerahkan kad pengenalannya.

Namun, pada 5 - 6 Jun, mangsa cuba menghubungi Niza tetapi gagal. Mangsa kemudian pergi ke rumah yang ingin disewa dan mendapati sudah ada penyewa lain di rumah itu. 

Menurut penyewa rumah tersebut, mangsa merupakan mangsa penipuan yang keenam di mana suspek menggunakan alamat rumah mereka sebagai umpan. 

Mangsa yang telah kerugian sebanyak RM1,500 membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya selain dari memuat naik gambar suspek dan meminta orang ramai mencari individu itu untuk menuntut kembali gantirugi wang yang telah ditipu. - THEHYPEMEDIA.COM


Category Article

What's on Your Mind...