Siapakah Gerangan Isteri Penyanyi Lagu Kun Anta, Humood Al Khuder?



Sejak akhir-akhir ni, Hummod Alkhudher yang terkenal dengan lagunya Kun Anta, mulai dikenali selepas video nyanyian berdurasi 15 saat di laman Instagram menjadi viral malah populariti penyanyi kelahiran Kuwait ini melonjak naik secara mendadak terutama di Malaysia sehinggalah kehadiran penyanyi itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dikenali dengan wajah tampan dan sangat murah dengan senyuman, nampaknya ramai peminat yang kecewa kerana ternyata penyanyi berusia 26 tahun ini sudahpun mendirikan rumah tangga.

Hummod Alkhudher yang merupakan Graduan jurusan radio dan TV di Universiti Kuwait itu mengakui dia sudah empat tahun berkahwin dan sejak itu sering berulang alik dari Kuwait ke Boston, Amerika Syarikat kerana isterinya menyambung pengajian dalam bidang Penulisan Kreatif.




“Sebelum berkahwin, saya sudah popular di beberapa negara Arab. Apabila berkahwin, isteri boleh menerima situasi saya sebagai penyanyi.

Bohonglah kalau dia tidak cemburu, tapi ia bukan masalah besar kerana dia memahami kerjaya saya,” katanya. Malangnya, carian di internet mengenai wajah dan siapa sebenarnya gerangan isteri penyanyi terkenal ini nampaknya tidak berhasil.

Kredit: Lulu Pages


Category Article

What's on Your Mind...