Teman Wanita Gemuruh, Lelaki Menyamar Jadi Gadis Gantikan Ambil Peperiksaan



Keberanian Zhademov menyamar sebagai teman wanitanya untuk menduduki peperiksaan memasuki universiti, berakhir dengan denda £1,400 atau RM8,066. – Foto dailymail.co.uk

ZHETISAI, 10 Jun: Cinta kadang-kala boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar jangkaan dan ia berlaku ke atas seorang pemuda berusia 20 tahun di Kazakhstan.

Ayan Zhademov didenda £1,400 atau RM8,066 gara-gara berpakaian wanita untuk menduduki peperiksaan akhir bagi pihak teman wanitanya.

Idea itu timbul, susulan teman wanitanya yang berusia 17 tahun terlalu gelisah dan gemuruh untuk menduduki Peperiksaan Gabungan Kebangsaan bagi memasuki universiti.

Menurut laporan The Daily Mail, Zhademov menyelinap ke dalam dewan peperiksaan di Bandar Zhetisai, selatan Kazakhstan, dengan berpakaian blaus putih, skirt kelabu, berambut palsu dan sedikit solekan.

Perbuatannya bagaimanapun terbongkar, apabila pegawai peperiksaan mendapati gambar dalam kad pengenalan calon tidak sama dengan orangnya.

“Kami mengesyaki dia mungkin wanita lain yang cuba mengambil tempat calon itu, tetapi kami tidak sangka dia adalah seorang lelaki sehingga dia membuka mulutnya.

“Dia cuba bercakap dalam nada tinggi, namun jelas dia seorang lelaki,” kata seorang jurucakap lembaga peperiksaan.

Pelajar, Dariga Nesterova menyifatkan tindakan itu bo.doh tetapi sangat romantik.

“Kadang-kala cinta akan menyebabkan kita bertindak bo.doh dan saya harap teman lelaki saya romantik sepertinya.”

Seorang peniaga, Olzhas Hudaibergenov yang tertarik dengan keberanian Zhademov, bertindak membayar separuh daripada denda itu untuknya, selepas berita mengenai perbuatannya itu tersebar.

Akibatnya, gadis berkenaan terpaksa menunggu sehingga tahun depan untuk mengambil peperiksaan itu.


Category Article

What's on Your Mind...