Bandar Lanba Di China Cuma Ada Seorang Anggota Polis, Itu Pun Buta (2 Gambar)



China – Sebuah bandar di China, Lanba bebas daripada kegiatan jenayah sejak 10 tahun lalu meskipun ia dipantau oleh seorang anggota polis yang buta.

Menurut laporan dari portal Mynewshub, polis terbabit, Pan Yong, 43, mula hilang penglihatan sejak 2002 selepas mendapat katarak dan hari ini, dia hanya mampu mengesan cahaya sahaja.

Namun keadaan itu tidak menghalangnya untuk menjalankan tugas sebagai satu-satunya polis di balai polis Ci Cong.

Bandar tersebut tidak mencatatkan kes jenayah sejak sedekad lalu, begitu juga kes kemalangan, langsung tidak berlaku sepanjang pemantauan Pan.


Kejayaan Pan itu dibantu oleh isterinya, Tao Hongying yang merupakan pengawal keselamatan di stesen keretapi di situ. Dia akan membantu suaminya sepanjang masa lelaki berkenaan melakukan rondaan.

“Saya hanya berpangkat rendah tetapi saya sukakan kerjaya ini. Isteri saya menggelar saya sebagai gila kerja.”

“Saya dapat rasakan bahawa saya menyumbang kepada tugas saya apabila saya meronda, meskipun saya tidak perlu melakukannya,’’ katanya.

Pan mengakui dia hampir menyangka hidupnya berakhir apabila kehilangan penglihatan tetapi selepas dia mengahwini isterinya pada 2004, Pan dapat merasakan bahawa wanita itu memberikan harapan baru kepadanya.


Category Article

What's on Your Mind...