Budak ‘Ajaib’ Tsunami Ikut Jejak Langkah Ronaldo (4 Gambar)



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siapa sangka, kehidupan seorang budak lelaki dikenali Martunis berusia tujuh tahun ketika tragedi Tsunami melanda kampungnya di Banda Aceh, Indonesia, 11 tahun lalu mengubah masa depannya menjadi lebih baik.

Dalam tragedi itu, dia kehilangan ibu dan dua beradiknya.


Memetik laporan Kyodo News yang dimuatnaik di portal MalaysianDigest menyatakan, Martunis menyatakan dia tidak takut apabila musibah itu melanda kerana ingin berjumpa semula dengan keluarganya dan meneruskan impian menjadi seorang pemain bola sepak.

Dia kemudiannya berjumpa semula dengan bapanya di hospital dan seolah impian menjadi nyata, Martunis juga bertemu dengan pemain bola sepak terkenal dunia, Christiano Ronaldo.


Menariknya, Ronaldo telah membantu untuk biaya pendidikan Martunis dan membina semula rumahnya setelah mendengar kisahnya.

Lebih mengujakan, semalam mencatat sejarah manis buat Martunis apabila kelab yang memulakan karier bola sepak Ronaldo iaitu Sporting Lisbon mengumumkan Martunis yang kini berumur 17 tahun sebagai pemain baru untuk akademi belia, Alcochete.

Khabarnya, Martunis juga boleh bermain untuk pasukan bawah 19 tahun kelab itu.


Menurut Presidennya, Bruno de Carvalho, kelab tersebut akan membantu Martunis untuk membesar sebagai seorang pemain bola sepak dan seorang manusia.

“Saya seronok berada di sini, kelab ini membuatkan impian saya menjadi kenyataan. Saya sangat teruja kerana mendapat peluang ini. Viva Sporting!” ujar Martunis seperti dilaporkan media, Maisfutebol.


Category Article

What's on Your Mind...