Jaga Kain Sendiri, Getus Uqasha Lepas Ditegur Pakai Ketat



Sekarang ini ramai artis wanita kita yang sudah berhijrah. Semuanya pakai bertutup litup, berhijab. Alhamdulillah, sejuk mata memandang.

Tapi yang tak seronoknya bila ada yang kurang senang dengan fesyen artis bertudung ini. Bukanlah hendak mengumpat, tambah pula bulan puasa yang penuh keberkatan macam sekarang ini.

Bukan apa, kalau dilihat hanya dua tiga orang saja artis yang betul-betul muslimah sejati. Maknanya, pakai baju longgar dan bertudung menutup dada.

Yang lain, macam tak payah pakai tutup auratlah. Pakai baju ketat, nampak ketulan sana-sini. Lebih teruk, dari jauh boleh nampak pula lemak perut masing-masing.

Memang senario ini ada kebenarannya. Kalau macam itu, tidak salah beranggapan penghijrahan artis wanita itu hanya kosmetik sahaja.

Tapi tak apalah lepas ini, harap sangat supaya artis itu kembali sedar. Janganlah nak ikut fesyen sangat sampai lupa batasan syariat.

Contoh artis bertudung yang mendapat komen yang teruk di laman sosial adalah Uqasha Senrose. Mungkin kerana terlalu rimas dengan komen tersebut, Uqasha terpaksa bersuara demi mempertahankan apa yang dipakainya.

Balas Uqasha berbunyi, “Sibuknya, jaga kain masing2 dah. Tak kacau orang. Akal cetek.”.

Oklah, alasan yang bijak. Tepuk dada tanya selera.

Laporan asal: Malaysiagazette


Category Article

What's on Your Mind...