Kisah Lelaki Pendiam Di Sebuah Pangsapuri Di Georgetown



ANTARA pakaian dalam wanita yang dicuri seorang lelaki sejak tiga tahun lalu ditemui di pangsapuri.

Georgetown: Kemaruk dengan pakaian dalam wanita, seorang lelaki ‘mengumpul’ lebih 1,000 coli dan seluar dalam yang dicurinya sejak tiga tahun lalu di sebuah pangsapuri di Gelugor, di sini.

Bagaimanapun, hobi pelik lelaki terbabit berakhir awal pagi kelmarin apabila seorang penduduk ternampak perbuatan lelaki itu yang sedang mengambil pakaian dalam milik penghuni pangsapuri berkenaan.

Beberapa penduduk kemudian mengekori lelaki itu sebelum menemui enam kotak mengandungi pakaian dalam pelbagai saiz dan warna yang disorokkan dalam rumah lelaki terbabit.

Menurut laporan HarianMetro, perbuatan lelaki itu disedari kira-kita jam 1 pagi, malah kehilangan pakaian dalam terbabit memang menjadi satu misteri buat penduduk di situ sejak tiga tahun lalu.

“Lelaki terbabit masih bujang dan tinggal di pangsapuri berkenaan seorang diri, malah maklumat yang diperoleh mendapati lelaki itu seorang pendiam, namun tidak pernah mengganggu penghuni lain.

“Malah, jiran juga mendakwa lelaki itu lebih banyak berkurung dalam rumah dan penemuan ribuan pakaian dalam yang dicuri serta disorok dalam rumahnya memberikan kejutan kerana tidak menyangka dia sanggup melakukan perbuatan itu,” katanya.

Sumber berkata, lelaki berkenaan mencuri semua pakaian dalam itu mungkin untuk memuaskan nafsunya selain dikatakan mudah ghairah dan terangsang apabila melihat pakaian dalam yang dijemur penduduk.

“Siasatan awal mendapati, dia kerap mencuri pakaian dalam wanita ketika awal pagi kerana penduduk tidur ketika itu.

“Lelaki itu mengaku mencuri pakaian dalam penduduk pangsapuri itu secara purata sehelai sehari dan melakukan perbuatan itu hampir setiap hari sejak tiga tahun lalu,” katanya.


Category Article

What's on Your Mind...