MH370: 10 Fakta Penting Tentang Penemuan Serpihan Misteri Di Pulau La Reunion


Serpihan misteri yang ditemui di Pulau La Reunion di kawasan perairan Madagascar pada Rabu mungkin milik pesawat MH370.


Sekeping serpihan kapal terbang dijumpai terdampar di pulau La Reunion, di Lautan Hindi pada Rabu, mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370:

1. Serpihan sepanjang 2 meter itu ditemui di kawasan kepulauan La Reunion oleh “orang bersih pantai” yang terletak 6,000 kilometer sebelah barat dari kawasan pencarian MH370 di Lautan Hindi sebelum ini.

Satu serpihan pesawat berukuran 2 meter panjang ditemui di Pulau La Reunion, di Lautan Hindi, mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang hilang lebih setahun lalu.

Menurut laporan AFP, serpihan misteri itu kelihatan seperti bahagian sayap kapal terbang, dan ditemui sekumpulan mereka yang sedang membersihkan pantai, kelmarin.

2. Menurut sumber, serpihan yang ditemui itu mirip bahagian pesawat Boeing 777, model yang sama dengan pesawat MH370.


Serpihan ditemui di barat Lautan Hindi barat itu dikatakan mirip sebahagian daripada sebuah pesawat Boeing 777, model yang sama dengan pesawat MH370 yang hilang pada tahun 2014, menurut sumber yang rapat dengan penyiasatan.

Sumber itu berkata terdapat unsur unik untuk flaperon Boeing 777, satu komponen sayap, yang pemerhati Boeing percaya dapat dilihat dalam foto.

Pegawai Boeing menjalankan penilaian awal daripada serpihan yang ditemui menggunakan gambar-gambar. Sumber itu menegaskan pemerhatian baru di peringkat permulaan.

3. Terdapat satu set data bertulis B670 terpampang pada cebisan pesawat yang ditemui. Menurut pakar, data ini bakal merungkaikan misteri tentang dari mana sebenarnya serpihan itu datang.


Satu set nombor siri bertulis B670 didapati terpampang pada bahagian sayap yang ditemui itu. Ini boleh dijadikan petunjuk penting yang akan membolehkan pihak berkuasa untuk mengesahkan dengan cepat sama ada ia adalah sebahagian daripada pesawat MH370 atau tidak.

Bekas penyiasat Biro Keselamatan Pengangkutan AS, Greg Feith berkata setiap pengeluar meletakkan tag data pada tiap-tiap bahagian di pesawat, termasuk skru. Ia boleh menjadi nombor bahagian, nombor siri, kod bar, atau maklumat lain.

“Dengan adanya tag data, ia akan memudahkan kerja pemadanan sekaligus mengenal pasti jenis pesawat,” ujar Feith

Martin Dolan, Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang telah menyelaraskan usaha pencarian pesawat MH370 di luar pantai Australia Barat, berkata data itu dapat dikenal pasti “mungkin dalam masa 24 jam”.

4. Serpihan itu juga dilaporkan mungkin telah berada di lautan selama lebih setahun kerana diselaputi kulit kerang, menguatkan lagi kemungkinan bahawa ia adalah milik pesawat MH370.


Seorang pakar penerbangan Perancis mendakwa beliau mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat MH370. Bekas juruterbang tentera, Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di Pulau La Reunion, di Lautan Hindi.

Lelaki berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu dan beliau berkata, ia mungkin milik pesawat hilang berkenaan.

“Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan. Dan kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 – pesawat yang sama seperti MH370.

“Polis di Pulau Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia mungkin berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370. Kami tidak dapat pastikan tapi kami fikir mungkin ia merujuk kepada pesawat berkenaan,” katanya.

5. Susulan dari penemuan misteri ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai segera menghantar satu pasukan dari Malaysia untuk pergi menyiasat dengan lebih lanjut.


“Apa sahaja cebisan yang ditemui perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu sebelum kami boleh umumkan bahawa ia adalah milik MH370. Kami telah menghantar satu pasukan untuk menyiasat isu ini dan kami berharap kita boleh mengenal pastinya secepat mungkin,” kata Tiong Lai.

6. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat sebarang konklusi kerana pengesahan lanjut belum lagi dikeluarkan secara rasmi. Ia bakal mengambil masa beberapa hari untuk disiasat.


Masih terlalu awal untuk memberitahu sama ada serpihan yang dijumpai di Pulau La Reunion itu boleh menjadi sebahagian daripada bangkai pesawat MH370, yang hilang di perairan Malaysia pada bulan Mac 2014.

“Orang ramai membuat spekulasi lebih awal terhadap perkara ini,” kata Eric Chesneau, seorang pegawai polis pengangkutan udara daripada wilayah Perancis Lautan Hindi, sebagai tindak balas kepada spekulasi di media sosial. “Ia hanya serpihan kapal terbang, tetapi kita tidak tahu lagi bahagian itu milik pesawat mana.”

Namun begitu, seorang pegawai Amerika Syarikat yang tidak dinamakan memberitahu, penyiasat keselamatan udara, termasuk dari Boeing, mempunyai “tahap keyakinan yang tinggi” bahawa serpihan itu adalah salah satu komponen unik sayap kepada jenis pesawat Boeing 777.

7. Sementara itu juga, terdapat dua insiden kemalangan pesawat yang direkodkan sebelum MH370 di kawasan perairan berhampiran pulau La Reunion iaitu pada 2006 dan 2009.


Kemalangan yang paling baru berlaku berhampiran Pulau La Reunion ialah pada 5 Mei 2006, apabila sebuah pesawat enjin berkembar terhempas ke dalam laut di seberang Lapangan Terbang Pierrefonds di pantai barat daya pulau ini.

Satu lagi ialah pada tahun 2009 membabitkan kemalangan pesawat Yemenia 626, yang terhempas ketika sedang mendarat di Comoros, sebuah kepulauan di luar pantai barat laut Madagascar.

Gerard Feldzer, bekas juruterbang Air France, berpendapat adalah mustahil untuk memberi kata muktamad berdasarkan gambar yang diterima. Menurutnya, analisis perlu dilakukan pada logam dan cat untuk menentukan umur dan lain-lain butiran pesawat.

8. Serpihan itu dilaporkan telah dibawa ke Perancis dan pasukan penyiasat telah mula melakukan kerja-kerja forensik.


Ia kemudian dibawa ke Perancis bagi menjalani pemeriksaan dan ujian forensik.

9. Malaysia Airlines (MAS) kini bekerjasama dengan pihak berkuasa terlibat bagi memastikan laporan mengenai penemuan ini. Mereka kini sedang menunggu pengesahan dari pihak forensik.


“Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan itu membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini,” kata MAS dalam kenyataan medianya.

Ia merujuk kepada penemuan serpihan pesawat berukuran 2 meter panjang di Pulau La Reunion, di Lautan Hindi, semalam.

10. Jika benarlah serpihan ini milik pesawat MH370, ia akan menjadi petanda pertama sejak kehilangannya pada Mac 2014.




Kredit: Says.com


Category Article

What's on Your Mind...