Penemuan Misteri Serpihan Pesawat, Anak Ketua Pramugara MH370 Pilih Tidak Terlalu Berharap



BERITA penemuan serpihan disyaki milik pesawat Malaysia Airlines MH370 di Pulau Reunion, Perancis petang semalam ternyata menggemparkan seluruh dunia.

Pastinya, berkembangan terbaharu ini memberi seribu satu harapan buat waris MH370 yang sudah lama ternanti-nanti misteri kehilangan pesawat malang itu terungkai.

Sementara itu, luahan Maira Elizabeth Nari yang merupakan anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari menerusi laman Twitternya turut menarik perhatian ramai.

Menurut laporan Mynewshub, dia lebih selesa untuk tidak meletakkan harapan tinggi dan mengambil langkah tunggu serta lihat dengan berita penemuan serpihan tersebut.


Melihat tweetnya itu, kami pasti Maira memilih untuk berfikiran positif dan tidak terlalu berharap kerana tak mahu kecewa di kemudian hari.


Sebelum ini, Maira pernah mendapat perhatian dunia apabila luahan rindu terhadap bapanya mengundang simpati masyarakat netizen.

Pesawat MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac tahun lalu.


Category Article

What's on Your Mind...