Anak Jutawan Bakar Ferrari 458 Kerana Mahu Beli Model Yang Baru (2 Gambar)



Jerman – Hanya kerana mahukan model Ferrari yang lain, seorang lelaki berusia 19 tahun yang juga anak kepada seorang jutawan telah mengupah tiga lelaki untuk membakar kereta Ferrari 458 miliknya yang bernilai £150,000 hingga hangus.

Mynewshub melaporkan, dia berbuat demikian dengan harapan pihak insuran akan memberikan pampasan kepadanya bagi membolehkan dia membeli Ferrari baru bernilai £200,000.

Difahamkan, lelaki berkenaan tidak lagi berminat dengan model tahun 2011 itu dan inginkan model 2014 Speciale.

Namun tindakan pemuda berusia 20 tahun itu terbongkar apabila kamera CCTV merakamkan semua komplot yang dirancangnya dengan tiga lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun dan berasal dari Serbia itu.


Menurut laporan media tempatan, lelaki itu yang tidak didedahkan namanya telah meletakkan kereta mewahnya di depan rumah urut dan kemudian mendapatkan perkhidmatan mengurut, untuk membolehkan ia menjadi alibi dalam kes berkenaan.

Pada masa sama, tiga lelaki yang diupahnya telah membakar kereta itu.

Pemuda itu dikenakan ikat jamin dan kini menjalani tempoh percubaan selama 22 bulan manakala tiga lelaki yang membakar kereta tersebut dikenakan perintah sama bagi tempoh antara 14 hingga 16 bulan setiap seorang.


Category Article

What's on Your Mind...