Khairuddin Abu Hassan Ke Switzerland Serah Bukti Dakwaan Penyelewengan 1MDB



PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan nekad ke Switzerland bagi menyerahkan bukti berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Freemalaysiatoday.

Tindakan itu dibuat selepas mendakwa pihak berkuasa Malaysia tidak bertindak dengan tegas dan segera terhadap laporannya sebelum ini.



Beliau telah mengemukakan semua bukti dakwaannya di Pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.

“Saya akan serahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan ‘swiss financial regulator finma’ untuk buat siasatan secara komprehensif terhadap semua salahlaku penyelewengan kes skandal 1MDB yang membabitkan Swiss Bank serta beberapa bank antarabangsa,” katanya dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Bagi tujuan berkenaan Khairuddin ditemani peguamnya, Matthias Chang.

Dalam status yang sama beliau mempersoalkan tindakan terhadap laporan yang dibuatnya berhubung Skandal 1MDB.

Beliau juga menuduh pihak berkuasa tidak menyiasatnya secara professional.

“Sebagai contohnya pihak PDRM asyik sibuk nak siasat Justo dan Clare Brown (Editor Sarawak Report) tetapi penyangak Jho Low tidak pernah disiasat pun dan masih bebas sehingga kini!!

“Beberapa laporan polis telah dibuat keatas penyangak jho low tetapi sehingga kini masih tiada kelihatan sebarang daya-usaha untuk memanggil seterusnya menyiasat pembabitannya dengan urus niaga 1MDB!! Mengapa??!!

“Secara rasminya saya turut membuat laporan kepada SPRM, BNM serta Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengenai penyangak jho low ini!! Apa istimewanya dengan penyangak jho low ini yang masih tidak disentuh oleh pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita??!! Soalnya.

Berikutan ketiadaan tindakan yang diambil, beliau menegaskan telah hilang kepercayaan terhadap penguat kuasaan undang-undang di Malaysia.


Category Article

What's on Your Mind...