Kisah Disebalik Pengasas Selipar Jenama Curidose (Curi,dosa)


Pertama kali ternampak gambar selipar CuriDose ini di laman Facebook, sangkaan pertama adalah ianya produk luar negara dan sebutannya pula berbunyi “kiu-ri-dos”


Ternyata anggapan ini salah kerana rupa-rupanya memang selipar ini namanya CuriDose (curi, dosa)


Kreatif kan? Idea ini diilhamkan oleh pengacara Jimmy Shanley selepas kehilangan kasut LV miliknya semasa singgah solat di masjid.


Kasut jenama Louis Vuitton milik Jimmy yang berharga lebih kurang RM2,000.00 hilang ketika dia menunaikan solat di sebuah masjid yang terletak di USJ 9, Subang Jaya beberapa tahun lalu.

“Saya berhenti di masjid sebentar untuk menunaikan solat kerana sudah masuk waktu. Selepas selesai solat, kasut bersama stokin saya tiada di tempatnya. Kedua-duanya lesap. Mungkin ada orang yang terambil kasut itu dan saya rasa bukan rezeki saya,” kata Jimmy, seorang seorang pengacara di Astro Go Shop selain bertugas sebagai penyampai radio di Ultra FM.

Menurut Jimmy, nama CuriDose itu adalah untuk menjadi peringatan kepada sesiapa yang selalu ‘terambil’ selipar yang bukan kepunyaan mereka.


“Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat positif dan selain selipar, saya juga merencana untuk mengeluarkan baju, sweater dan tabung dari jenama yang sama,” kata Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norhajan Saleh.

Selipar CuriDose ini boleh dibeli dengan harga RM19.90 sepasang, manakala t-shirt CuriDose pula berharga RM45.

Selipar CuriDose yang dijual di Miri, Sarawak

Selipar ini telah dijual dengan meluas di seluruh Malaysia. Kami dapati agen penjual selipar ini boleh didapati dari Sabah sampailah ke Perlis. Jika anda berminat nak beli, apa kata layari laman Instagram mereka di @curidose atau search hashtag #curidose di Instagram anda. Boleh juga follow Instagram@jimmyshanley untuk segala maklumat terkini tentang CuriDose.




Memang kreatif. Diharap perniagaan Jimmy Shanley akan terus maju jaya. Lepas ni apa pula? BagiPahala, mungkin? Yesza!

Artikel diatas dipetik sepenuhnya dari: Says.com


Category Article

What's on Your Mind...