Penduduk Manipur Di India Kini Gila K-pop (Gambar)




Tiga orang gadis Manipur bersiar-siar dengan menggayakan pakaian ala K-pop di Manipur, India. Agensi

IMPHAL, Manipur 13 Ogos – Filem Bollywood sinonim dengan masyarakat di India dan mendapat sambutan yang menakjubkan di seluruh dunia, namun ironinya sebuah daerah di utara Manipur di India ‘terpengaruh’ dengan budaya K-Pop dari Korea.

Imphal di utara Manipur, India kini secara sosio-budayanya boleh digambarkan sebagai Seoul sejak pihak berkuasa tempatan mengharamkan tayangan filem Bollywood dan rancangan televisyen Hindi dalam usaha menghapuskan pengaruh Indianisasi.

Seorang tukang gunting dengan gaya rambut K-pop menunggu pelanggan di sebuah kedai gunting rambut di Manipur, India. AGENSI





UtusanOnline malaporkan, majoriti besar populasi penduduk setempat di bandar itu mula beralih kepada budaya K-Pop, malah mereka kini merupakan peminat setia filem dan muzik Korea.

Semuanya bermula apabila saluran TV Arirang yang bersiaran selama 24 jam dari Seoul diperkenalkan di Manipur.

Sejak itu, saluran tersebut semakin popular sehingga mencetuskan permintaan untuk lebih banyak program dari Korea disiarkan.

“Sejak tahun 90-an, filem-filem Hindi diharamkan di Manipur, kononnya bagi memelihara budaya tempatan.

“Mereka berpendapat, filem Hindi melemahkan budaya dan tradisi masyarakat Manipuri,” jelas penulis, Mahitha Kasireddi di dalam satu penerbitan di Internet di India, Youth Ki Awaaz.

Menurutnya, lagu Hindi juga tidak boleh dimainkan dalam mana-mana perhimpunan.

“Selepas itu rancangan televisyen dari selatan India ditayangkan, tetapi kurang mendapat sambutan,“ tambah Kasireddi.

Penyelidik sosial, Otojit Kshetrimayum dan Ningombam Victoria Chanu menulis, faktor utama mendorong gelombang budaya Korea semakin popular di Manipur adalah hubungan rapat antara masyarakat Korea dan Manipuri yang mana ke*dua-duanya berketurunan Mongoloid.


Category Article

What's on Your Mind...