Penyelam Temui Harta Karun RM3.5 Juta (Gambar)


PARIS 30 Julai – Sebuah keluarga penyelam terkejut selepas mereka menemui harta karun bernilai lebih 600,000 pound (lebih RM3.5 juta) di dalam rangka sebuah kapal yang tenggelam kira-kira 300 tahun lalu di dasar laut Sepanyol, baru-baru ini.

Menurut laman web Mirror.co.uk, keluarga Schmitt dari Florida melaporkan mereka menemui 51 keping duit syiling emas, seutas kalung berkerawang emas dan sekeping duit syiling yang disebut Royal, dipercayai dibuat khas untuk Raja Phillip V di Sepanyol.

Kesemua harta karun tersebut dianggarkan bernilai 638,000 pound (RM3.7 juta) dengan duit syiling khas untuk keluarga diraja sahaja bernilai separuh daripada jumlah itu.

Lebih menarik, harta karun itu ditemui kira-kira 4.5 meter dari dasar laut.

Harta karun itu dipercayai milik sebuah kapal Queen Jewels LLC yang karam, pada 30 Julai 1715, ketika berlaku taufan besar dan mengorbankan kesemua anak kapalnya.

Ketika kejadian, kapal berkenaan dalam pelayaran dari Havana, Cuba menuju Sepanyol dan ia merupakan sebuah daripada 11 buah kapal yang karam ekoran cuaca buruk.

Sumber: Utusan


Category Article

What's on Your Mind...