Susu Bayi Penyebab DNA Lembu Masuk Dalam Badan – Ustazah TV3



Viral pula sedutan daripada rancangan bual biacara Fiqh Wanita di TV3 yang menceritakan tentang kebaikan susu ibu. Tidak dinafikan susu ibu manusia atau breast milk atau breastfeeding itu jauh lebih baik untuk bayi berbanding segala jenis susu di dalam dunia ini kerana bukan sahaja ia adalah fitrah alam malah dari segi saintifiknya nutrisi yang dibekalkan adalah jauh lebih berkhasiat berbanding susu2 lain terutama susu kambing dan lembu.

Seperti yang kita tahu, hampir semua kehidupan jenis mamalia termasuk manusia juga, setelah melahirkan anak, ibunya akan menyusukan anak mereka. Kita tak pernah lihat kucing beranak lepas tu anak kucing cari ibu kuda untuk menyusu. Ini fitrah.

Begitu juga dengan manusia. Tiada susu lain yang lebih baik untuk bayi melainkan susu ibu. Namun manusia sebagai sebuah organisma yang agak kompleks, terdapat kes di mana susu ibu susah nak keluar sampai bengkak payudara, susu kurang, penyakit dan sebagainya, maka daripada bayi dibiarkan berlapar dan tidak mendapat sebarang nutrisi, manusia telah mencipta dan menghasilkan susu formula daripada susu lembu dengan kajian saintifik sebagai alternatif untuk mengatasi masalah tersebut. Walaupun susu ibu jauh lebih baik daripada susu alternatif tersebut, tetapi sekurang2nya bayi masih boleh mendapat khasiat yang diperlukan.

Namun seboleh2nya cuba elakkan daripada memberi susu formula kepada bayi yang baru lahir sehingga umur 1-2 tahun dan cuba untuk bagi juga susu ibu. Ini kerana susu dari lembu dan kambing, komposisi nutrisinya agak berbeza berbanding komposisi susu ibu manusia. Kandungan protein, kalsium, dan sodium dalam susu ibu manusia adalah jauh lebih rendah dan lebih tinggi kandungan lemak mono dan poli-tak tepu, karbohidrat, folat dan vitamin C yang mana diperlukan untuk kesihatan bayi.

Berikut adalah perbezaan komposisi nutrisi antara susu ibu manusia dan susu lembu dan kambing:


Cuma masalah orang kita terutama para aktivis penyusuan susu ibu ini, bila mereka bagi penerangan dan kenyataan mengenai kebaikan susu ibu, mereka suka exaggerated atau berlebih2an seperti mengatakan bayi yang minum susu lembu akan mempengaruh akhlak bayi dan mereka akan jadi pemarah macam lembu bila dah besar.




Seriously?

Ada kajian yang telah dibuat?
Ada rujukan?
Berapa banyak sampel yang diambil sebagai bahan kajian?
Daripada hasil kajian, berapa ramai orang yang minum susu lembu ketika kecil yang menjadi lembu dan berapa ramai pula orang yang hanya minum susu ibu sejak kecil yang menjadi orang?
Berapa ramai orang yang genius, bijak pandai, berakhlak mulia yang hanya minum susu ibu dan tidak minum susu lembu sewaktu kecil?
PM Najib pula ada minum susu lembu atau tidak sewaktu kecil?

Kenapa ada orang bukan Islam yang minum arak dan makan babi tapi perangainya masih baik?
Kenapa ada orang Islam yang tak pernah minum arak dan makan babi tapi akhlak masih buruk?
Kenapa ada orang yang pernah minum arak tapi akhirnya boleh insaf dan menjadi orang yang lebih beriman dan bertaqwa?

Kalau tiada buat sebarang kajian, jangan lah buat persepsi dan andaian berdasarkan “kemungkinan” yang susu lembu boleh mempengaruhi akhlak.

Iman, akhlak dan nilai moral, semua benda tu perlu dididik, perlu disemai, perlu diajar, perlu disemat dalam hati, bukan bergantung kepada pemakanan semata2. Kalau tiap2 hari kau bagi anak kau minum susu ibu dari kecil tapi kau didik dia dengan hiburan, dah besar nanti dia pasti bercita2 nak masuk Akademi Fantasia juga.

Dan kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi?
Maka kenapa kalau DNA lembu masuk dalam badan manusia?
Lembu tak mencuri macam manusia.
Lembu tak makan rasuah macam manusia.
Lembu mungkin tidak berakal, seperti juga kebanyakan haiwan2 lain, tapi teruk sangat ke akhlak lembu?

Ya, patutlah ramai orang perangai macam lembu, sebab DNA lembu masuk dalam badan manusia melalui rendang daging.
Ramai orang perangai macam ikan sebab DNA ikan masuk dalam badan manusia melalu ikan siakap 3 rasa.
Ramai orang perangai macam ayam pula sebab DNA ayam dah masuk dalam badan manusia melalui ayam KFC Hot & Spicy.
Mungkin kita kena makan manusia baru akhlak kita akan serupa orang.

While I’m not against kebaikan susu ibu atau para aktivis ini, malah aku sendiri menyokong kempen mereka, tapi aku harap kalau boleh bagilah penerangan dengan bijak, cerdik dan berfakta sikit. Aku takde masalah dengan perjuangan dan agenda mereka, aku cuma ada masalah sikit dengan kenyataan yang kenyataan dia sahaja. Cuba elakkan daripada memberi kenyataan2 yang boleh mengundang kontroversi seperti kenyataan2 Ahmad Maslan dan rakan2nya:


Ya, punca kebakaran adalah dari api.
Punca banjir adalah dari air.
Punca ribut adalah dari angin.
Punca pemarah adalah dari susu lembu.

Artikel diatas dipetik dan dikarang sepenuhnya dari penulis blog Buasir Otak


Category Article

What's on Your Mind...