Naelofar Hijab Dituduh Mencuri Rekaan Tudung Keluaran Butik SugarScarf



Pemilik perniagaan butik dan jenama tudung SugarScarf, Nur Atikah Sulaiman telah menyuarakan rasa terkilan dengan rangkaian tudung keluaran selebriti Neelofa iaitu Naelofar Hijab kerana rekaan tudung jenis Madison keluaran syarikat artis berkenaan didakwanya telah ditiru dari rekaan tudung miliknya.

Rasa terkilan dan tidak puas hati berkenaan telah disuarakan oleh beliau di dalam dua akaun Instagram rasmi miliknya iaitu sugarscarf dan eyqasulaiman.

Melalui akaun eyqasulaiman, Atikah atau lebih dikenali dengan panggilan Puan Eyqa memuatnaik beberapa status di laman Instagramnya di mana ia menyifatkan meniru rekaannya itu adalah sebagai tidak bertanggungjawab tetapi bagaimanapun dia redha kejadian ini berlaku.

Berikut adalah tulisannya kenapa dia berasa kecewa dan terkilan.





Kerana perkara ini ia telah menimbulkan perbalahan antara agen-agen kedua-dua syarikat tudung berkenaan terutamanya di laman Instagram Neelofa.


Ia bermula apabila seorang pengguna di Insgaram Neelofa menggunakan nama adraahananberkata "@noorneelofa ade pic keluar u copycat #SUGARSCARF please stop shame on u dear x bg org tiru tp diri sendiri yg tiru. Takde etika langsung"

Bagaimanapun seorang stokis atau pengedar rasmi jenama Naelofar Hijab,thenaelofar_hijabistasis menjawab "@adraahanan , i dont think semudah itu team NH nak langgar rules and regulation patented design, surely they have checked on this matter before release. So please dont judge before you know whats going on. Yang i tahu SS memang already create rival dgn other brands before this pun. One of owner top brand jugak yg inform i pasal ni."

Seorang pengikut Instagram Neelofa, gemuk_wardrobei pula berkata "I think @noorneelofa u should clear this situation. Jangan keruhkan keadaan. Jaga your stokist attitude. Jaga adab kita sesama manusia. Jaga periuk org mcm jaga periuk kita sendiri. Dua dua i salute. Tapi jangan sebab benda ni org yang takde kene mengena pun berbabit sama bertikam lidah. I know u know the best way to solve this happen. I know u know how to handle your stokist and I know i are."

Kes ini turut merebak ke laman sosial Facebook, menurut pengguna Facebook bernama Lenny Nieyl "Excuse me!..style silang2 ni sebenarnya dr org zaman dulu lagi la..silang kain batik atas kepala sambil tuai padi."

Manakala Fatin Nabilah Aziz pula berkatan, "Inner silang sugarscarf pendek sikit kat atas
Naelofar punya mcm lebar n panjang smpai bawah pipi, So berbeza ketara jugak la sbnrnya
Lgpon sblm sugarscarf popularkan inner mcmni pon dah ade design mcmni.."

"Cume xde org claim dia punye je. Tp sugarscarf jgn la risau klu tudung dia sntiasa berkualiti org akan bli jgk akhirnya."

Manakala Qaseh Ramadhan pula berkata " Mintak maaf komen.,tp selain neeolofa,banyak lagi butik tudung tiru design sugarscarf tapi knp pemilik sugarscarf xkecoh2 plak..kesian kat neeolofar..sebab dia artis,ada aje yg xkena kan..manusia2."

Jika cuba ke laman web rasmi Naelofar Hijab, naelofarhijab.com dimana dapati tudung yang menjadi kontroversi seperti dibawah sudah tidak ada di dalam web berkenaan.


Kredit gambar: beautifulnara

Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dari pihak Neelofa kerana masalah ini, Puan Eyqa dalam status terbarunya di Intagram sebentar tadi telah memuatnaik surat daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia(PHIM) yang diberikan kepadanya sebagai bukti tudung Madison tersebut telah dipatenkannya.


Sebelum ini, ada netizens menyalahkan Puan Eyqa kerana tidak mempatenkan rekaan tudung yang didakwa milikknya itu menyebabkan beliau memuatnaik gambar notis hakcipta daripada (PHIM) itu sebagai bukti.

Apapun harapan perkara ini diselesaikan dengan cara yang baik oleh kedua-dua pihak kerana ia melibatkan periuk nasi masing-masing kerana isu rekaan sama ini selalu terjadi, mungkin Neelofar Hijab tidak sengaja menghasilkan tudung sama dengan milik SugarScarf sebab penghasilan rekaan tudung ini datangnya daripada ilham dan imaginasi pereka.

doakan semoga perniagaan anda berdua jenama SugarScarf dan Naelofar Hijab akan terus maju dan mendapat sambutan rakyat Malaysia kerana perniagaan itu adalah kerja yang mulia disamping kepelbagaiaan rekaan menarik dihasilkan mungkin salah satu faktor mereka yang masih belum bertudung untuk bertudung selepas ini. - Siakapkeli.my


Category Article

What's on Your Mind...