Apple Store Malaysia Senaraikan Harga Rasmi Untuk iPhone 6S dan iPhone 6S Plus

Untuk rakyat Malaysia yang menantikan kehadiran iPhone 6S and 6S plus, anda boleh mendapatkan peranti ini secara rasmi pada 16 Oktober dan Apple Store Malaysia juga sudah mengumumkan harga jualan bagi kedua-dua peranti ini. Pihak Apple juga turut menyenaraikan harga jualan terbaru bagi model iPhone sebelum ini iaitu iPhone 6, 6 Plus, dan juga iPhone 5s.


Senarai lengkap harga boleh dilihat dalam jadual berikut.

Imej dari theskop.com

iPhone 6S dan 6S Plus hadir dengan tiga kapasiti storan sebanyak 16BF, 64GB, dan 128 GB. Warna yang ditawarkan kepada pengguna pula ialah Silver, Space Gray, Gold dan Rose Gold. Oleh kerana nilai matawang negara yang merudum, ianya turut mempengaruhi harga jualan iPhone 6s ini.


Category Article

What's on Your Mind...