Hati-hati Nafas Syaitan Dari Pelancong China (Gambar)


Lima pelancong warganegara China ditahan dalam Operasi Sting kerana dipercayai menggunakan dadah ‘Nafas Syaitan’, sejenis dadah dari Columbia untuk memukau dan merompak mangsa mereka.


5 individu terbabit ditahan di Lapang Terbang Roissy Charles de Gaulle Jumaat lalu dan didapati membawa €75,000 (RM84,385) dan $16,500 (RM69,662) tunai dengan sebuah termos yang disumbat penuh dengan barang kemas berharga.

Polis percaya, barang-barang tersebut telah dicuri dari berpuluh-puluh mangsa yang disember dengan scopolamine, ubat berbahaya yang diekstrak dari sejenis pokok yang berasal dari Amerika Selatan berupaya membuatkan mangsa akur dengan kehendak suspek.


Pihak Soviet dan CIA dilaporkan menggunakan dadah itu sebagai serum untuk menjalankan soal siasat terhadap tawanan perang semasa perang dingin. Dadah itu juga berupaya membuatkan penggunanya berhalusinasi. Jika terlebih dos, ia boleh membawa maut.

Berdasarkan siasatan polis selama beberapa hari, kelima-lima individu berkenaan dipercayai mahu keluar dari negara itu dengan menaiki pesawat menuju ke wilayah Guangdong, China.

Semasa soal-siasat, kesemua mereka menafikan penggunaan dadah membahaya dan hanya datang ke negara itu sebagai pelancong.

Menurut jurucakap polis, kebanyakan mangsa mereka adalah warga emas. Salah seorang mangsa yang terlibat melaporkan bahawa dia didekati oleh seorang wanita Cina yang mengadu kononnya tersesat. Namun secara tiba-tiba mangsa berada dalam keadaan keliru dan menyerahkan segala barangnya kepada wanita terbabit.

Sumber: Theypemedia


Category Article

What's on Your Mind...