Pensyarah Jadi Selebriti Terkenal Di Internet Kerana Wajahnya Yang Mirip Dengan Enstein

Pastinya ramai yang kenal dengan Albert Einstein kan? Percaya atau tidak, hampir semua ahli akademik dari seluruh dunia mengkagumi jasa dan pencapaiannya. Einstein adalah tokoh ahli fizik yang berasal dari Jerman. Dia juga merupakan seorang ilmuwan terkenal di abad ke-20. Kerana terlalu genius, Einstein dikenali ramai orang dari seluruh dunia. Selain kecerdasan otaknya, Einstein juga dikenali kerana wajahnya.




Ketika ini mungkin ada ramai orang yang memiliki IQ setara dengan Einstein tetapi tidak ramai yang mempunyai wajah seakan-akan mirip dengan Einstein. Dari laporan laman web shanghaiist.com, lelaki bernama Profesor Manzou ini dikatakan amat mirip dengan Enstein.

Dengan rambut yang putih, kumis putih dan wajah yang tenang, profesor ini mendapat perhatian warga maya dan menjadi selebriti internet. Profesor Manzou merupakan seorang pensyarah di Fujian Agriculture and Foresty University. Beliau sudah mengajar di Universiti tersebut selama 3 tahun.


Di dalam kelas, profesor Manzou dikenali sebagai seorang pensyarah yang ramah dan murah dengan senyuman. Para pelajar juga turut berasa senang hati dengan kehadirannya di Universiti tersebut. Sejak pelajarnya mengambil gambar dirinya untuk dimuatnaik ke laman media sosial, kini profesor Manzao menjadi selebriti di dunia maya kerana wajahnya yang mirip dengan Albert Enstein.

Sumber dari shanghaiist.com


Category Article

What's on Your Mind...