5 Pekerjaan Ini Membuatkan Anda Merasai Pengalaman Sebagai Seorang “Traveller”

Mengembara sememangnya menjadi impian bagi semua orang. Tetapi komitmen terhadap kerja di pejabat menjadi penghalang untuk menerokai tempat-tempat baru dan anda terbeban dengan jumlah cuti yang diberi oleh majikan agar tidak menganggu urusan pekerjaan.


Jangan risau, ada cara lain agar anda boleh mengembara sambil bekerja tetapi anda perlu memilih pekerjaan yang sememangnya memberikan pengalaman sebagai seorang “traveler”. Jika anda baru sahaja menamatkan pengajian dan sedang dalam proses mencari pekerjaan, mungkin anda perlu mempertimbangkan pekerjaan yang akan kami senaraikan ini kerana disamping bekerja, anda juga mendapat pengalaman sebagai seorang pengembara.

1. Pegawai Diplomatik



Selain berkhidmat untuk negara, anda juga boleh mengembara mengelilingi dunia sambil melakukan diplomasi atau menyelesaikan sebuah perjanjian dengan sesebuah negara. Selain menikmati tempat atau pemandangan yang luar biasa, anda juga boleh mempelajari budaya baru dari penduduk setempat.

2. Pramugari/ Pramugara



Anda boleh mengunjungi ke mana-mana negara secara percuma jika anda bekerja sebagai seorang pramugari. Malah anda juga boleh menginap di hotel mewah 5 bintang di negara lain. Tapi ingat ya, selain mempunyai rupa paras dan penampilan yang menarik untuk melamar pekerjaan ini, anda perlu mempersiapkan diri anda dengan segala jenis pengetahuan dan skil komunikasi yang efektif.

3. Pegawai NGO( badan bukan kerajaan)



Jika anda tidak berminat untuk menjadi seorang pegawai diplomat, anda boleh bekerja di NGO asing. Yang menariknya, anda juga boleh menerokai tempat-tempat menarik yang terdapat di dunia ini untuk membuat kerja amal dan melakukan survei sebuah program. Malah dalam aktiviti tersebut, anda harus mendekatkan diri dengan penduduk setempat untuk mengetahui tujuan atau sasaran program kemanusiaan yang diadakan.

4. Bekerja di atas kapal persiaran



Siapa yang tidak berminat untuk berlayar menyaksikan keindahan dunia ini? Bekerja di atas kapal persiaran tentunya menjadi pilihan yang menarik. Dengan hanya sekali pelayaran, anda boleh mengunjungi lebih dari tiga buah negara. Akan tetapi anda perlu ingat ya, anda kena tahan dengan “homesick” jika anda berminat untuk mengambil posisi ini.

5. Bekerja di hotel yang mempunyai jaringan seluruh dunia



Siapa kata bekerja di hotel merupakan pekerjaan yang kurang popular? Anda boleh dihantar ke cawangan hotel di luar negara jika hotel anda mempunyai cawangan di luar negara dan bertaraf antarabangsa. Jadi lebih baik anda siapkan diri anda dengan skill komunikasi dan perlu fasih dalam “English”.

Cover image dari financetwitter.com, sajakongsi


Category Article

What's on Your Mind...