8 FOREST RESORT DI MALAYSIA SESUAI UNTUK PERCUTIAN SANTAI ANDA


Anda dan pasangan selalu runsing tentang bil elektrik? Jimatkan penggunaan elektrik di rumah anda dengan 7 langkah ini.


#1: Tutup pintu/langsir/tingkap. Apabila anda pasang pendingin hawa, anda tutup apa yang patut. Bilik anda akan mengambil masa yang lebih lama untuk sejuk jika anda di kawasan yang terbuka. Jadi, jika anda tutup pintu, lebih cepat bilik anda sejuk. (Foto: Microban)


#2: Tutup suis selepas guna. Okay. Ini semua orang tahu, tapi sengaja saja mahu ingatkan. Suis apa pun, lepas guna terus tutup. Termasuklah charger telefon. Jangan tarik saja telefon dari pengecas sahaja tanpa menutup suisnya. Lampu, kipas, televisyen dan lain-lain pun termasuk juga. (Foto: The Sun)


#3: Peti sejuk. Peti sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik. Jadi, untuk menggunakannya secara efisien dan optimum, anda pastikan pintu peti sejuk anda tertutup rapat dan tidak dibuka terlalu lama. Masa yang diambil peti sejuk anda kembali sejuk pun memakan tenaga dan duit. (Foto: Pop Sugar)


#4: Bersihkan filter pendingin hawa. Filter yang kotor, tersumbat boleh menjatuhkan kadar keberkesanan pendingin hawa anda dengan mendadak. (Foto: Talk Local)


#5: Tukar mentol. Gunakan lampu LED untuk lebih penjimatan elektrik. Lampu LED bukan sahaja menggunakan kurang tenaga elektrik, malahan tidak memerlukan masa untuk warm up sebelum menyala. Lampu LED juga lebih tahan lama berbanding lampu biasa. (Foto: Inland Power)


#6: Gosok baju dalam kuantiti yang banyak. Seterika anda memerlukan banyak tenaga elektrik untuk panas. Jika anda buat hari-hari dalam jumlah yang sedikit, jumlah tenaga yang anda perlukan berlipat ganda berbanding jika anda seterika pakaian dengan banyak dalam satu masa sahaja. (Foto:About Home)


#7: Perhatikan label penggunaan tenaga. Barangan elektrik masa kini yang efisien, dilabel dengan pelekat penggunaan tenaga. Jadi, ketika membeli barangan elektrik yang baru, cari barangan elektrik yang ada pelekat ini. Atas pelekat ini, ada juga tertera peratus penjimatan penggunaan elektrik berbanding produk yang dilabel dengan 2 bintang. (Foto:Suruhanjaya Tenaga)


. . . . . . . . . .


Sumber : ikahwin


Category Article

What's on Your Mind...