9 Idea Sedekah Untuk Anda & Pasangan


Orang kata, tangan yang memberi lebih baik daripada menerima. Apa kata anda dan pasangan turut serta golongan yang memberi juga?


#1: 'Suspended Coffee'. Anda biasa dengar terma ini? Melalui sistem ini, anda bayar untuk diri anda dan beberapa pelanggan selepas anda (ikut kemampuan anda, satu pelanggan pun boleh). Jika ada pelanggan yang kurang mampu datang ke kedai, mereka boleh mendapatkan minuman secara percuma minuman yang anda telah bayarkan ini. Di Malaysia sistem ini mungkin belum diraikan secara meluas, jadi, anda pesan sahaja kepada mak cik nasi lemak yang anda mahu bayar lebih dan minta mak cik tolong berikan kepada mana-mana pelanggan nanti. (Foto: KNizam Artwerk)


#2: Bagi duit pecah. Kadang kala ketika berbaris di kaunter untuk membuat bayaran, pelanggan di hadapan anda tiada duit pecah atau tak cukup duit kan? Anda 'offer' lah duit pecah jika anda ada. (Foto: Zocalo Public Square)


#3: Bagi kepada budak-budak. Kalau nampak budak-budak nak beli barang lepas tu macam tak cukup duit tu, anda hulurlah sedikit. Tapi jangan hulur banyak sangat pula. Seringgit dua pun sudah memadai.(Foto: Linked In)


#4: Tabung masjid. Jika anda dan pasangan selalu singgah di masjid ketika balik kampung atau ketika keluar berdua, anda sumbanglah sedikit kepada tabung masjid. Sediakan satu 'pouch' kecil untuk anda masukkan duit derma anda ini. (Foto: Jensennbj)


#5: Bayar tol kenderaan di belakang anda. Anda lalu di tol yang tidak bertiket? Gunakan peluang ini untuk menambah saham di akhirat. Bayarkan bayaran tol untuk kenderaan di belakang anda juga. (Foto: Arena Kereta)


#6: Belanja 'random stranger' dalam restoran. Kalau nak belanja semua orang agak mahal, anda dan pasangan pilihlah sesiapa dalam restoran yang anda berdua kunjungi dan bayarkan bilnya. Kalau rezeki lebih sedikit, belanjalah lebih ramai orang. (Foto: Era.fm)


#7: Buat aktiviti sukarela. Bersedekah bukan hanya pada wang ringgit. Anda dan pasangan juga boleh menyumbangkan tenaga bersama untuk membantu golongan yang memerlukan. Anda google sahaja mana-mana persatuan yang memerlukan bantuan. Jika anda dan pasangan mempunyai 'circle of friends' yang besar, boleh saja anda aturkan aktiviti sukarelawan sendiri bersama rakan-rakan. (Foto: PEI Kids)


#8: Senyum. Sebab senyum itu sedekah dan ada setengah orang boleh berasa lebih ceria apabila menerima senyuman daripada orang lain. (Foto:Allkpop)


#9: Doa. Kadang kala di jalan raya atau di mana-mana sahaja, kita ada 'pass by' orang yang dalam kesusahan. Nak tolong, kadang kala kita pun tidak ada daya daripada segi skil, kemampuan, keadaan dan sebagainya. Kadang kala atas faktor keselamatan juga. Tak apa. Anda doa saja untuk mereka dalam hati. Allah Maha Mendengar. (Foto: Cahaya Islam.net)



Sumber : Ikahwin


Category Article

What's on Your Mind...