Bolehkah Anda Menyebut Nama Kota Paling Terpanjang Di Eropah Ini?



Sebuah desa di Pulau Anglesey di Wales menyandang gelaran sebagai tempat dengan nama paling terpanjang di dunia. Nama desa tersebut adalah “Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwlll­lantysiliogogogoch.”

Kerana terlalu panjang, tidak banyak orang yang mampu mengeja dan menyebut nama kota ini dengan betul. Tetapi baru-baru ini ada seorang penyampai laporan kaji cuaca untuk saluran berita berjaya mengeja dan menyebut nama desa ini dengan sempurna.

Jejaka yang bernama Weatherman Liam Dutton itu tidak langsung tergagap ketika mengucapkan nama tempat paling terpanjang di dunia itu. Melaporkan untuk Channel 4 News, Dutton menyatakan bahawa matahari kelihatan cerah bersinar di barat laut Wales, yang terletak di desa Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwlll­lantysiliogogogoch.


Ianya bukan perkara yang mudah bagi Dutton untuk menyebut nama tempat yang memiliki 58 huruf itu, tetapi terbukti dia berjaya mengucapkannya dengan sempurna.

Video Dutton ini yang sedang membaca laporan kaji cuaca telah dimuatnaik ke laman sosial YouTube sehingga mendapat banyak komen positif dari Netizen yang memuji kebolehannya.
Dari laporan Wikipedia, nama tempat ini diberikan oleh seorang tukat jahit tempatan pada tahun 1860-an. Sebab di sebalik pemberian nama tersebut adalah kerana ingin menjadikan stesyen keretapi di situ terkenal di seluruh dunia kerana memiliki nama yang paling panjang.



Category Article

What's on Your Mind...