Facebook Hasilkan Produk Makanan Ringan?

Populariti media sosial Facebook yang amat terkenal ternyata menjadi inspirasi untuk ramai orang melakukan dan mencuba sesuatu yang baru. Salah satunya adalah seorang pemuda India bernama Ajmal Khan. Ajmal merupakan pengusaha makanan ringan dan kerana amat kagum dengan idolanya yang merupakan pengasas laman sosial paling popular di dunia, dia memberikan nama produk makanan ringannya dengan jenama Facebook.


Bukan sahaja memiliki nama yang unik, kaedah pemasarannya amat menarik sehingga membuatkan orang ramai tertarik untuk mencuba produk makanan ringan keluaran syarikatnya. Ajmal menggunakan slogan share dan eat di mana makanan ringan jenama Facebooknya itu sangat sesuai dimakan bersama-sama dengan teman tanpa ada sekatan ataupun halangan.

“Awalnya populariti facebook menjadi terkenal di kalangan remaja, jadi kami kemudian memutuskan untuk membuat makanan ringan dengan menggunakan nama itu,” jelas Ajmal. “Syukur idea tersebut berjaya dan penjualannya terus meningkat dalam waktu yang singkat.”


Bungkusan makanan ringan Facebook ini memiliki rekaan yang sama dengan logo facebook dengan warna biru dan butang like di tengah-tengahnya. Makanan ringan ini dibuat dari kentang dengan rasa yang rangup dan sedap. Bukan sahaja kanak-kanak yang menyukainya, golongan remaja juga turut menggemari makanan ringan ini.

“Media sosial dan makanan memiliki faktor sosial yang sama, media sosial Facebook digunakan untuk merapatkan hubungan di antara teman manakala makanan ringan Facebook ini sebagai medium untuk mengukuhkan lagi hubungan saat ketika bertemu dengan rakan-rakan,” tutur pengasas makanan ringan Faceboook ini.

Sumber dari images.dawn.com, sajakongsi


Category Article

What's on Your Mind...