KESAN BAHAYA BELI RUMAH ATAS HARGA PASARAN. RAMAI YANG TAK PERASAN



Untuk rumah pertama saya, harga permulaan owner/ejen letak adalah RM90k di website mudah.my.

Tapi saya tak percaya.

Selepas dapatkan detail rumah daripada ejen,saya pergi ke bank untuk cek market value (mv).
Ternyata mv setakat RM80k sahaja.

Nego harga sampai dapat RM73k (9% below mv), tapi saya masih tak setuju juga.
Akhirnya, saya tak jadi beli rumah tu sebab tak dapat harga yang saya nak iaitu RM65k.
Saya cuba lupakan rumah tu selama hampir 2 bulan.

Kemudian saya nampak lagi iklan rumah di mudah.my, saya kontek semula ejen tu.
Rumah tu belum terjual.

Nego punya nego, dapatlah harga RM66k (17% below market value).
Alhamdulillah happy ending.

Bank bagi pembiayaan sebanyak 90% daripada harga mv RM72k.
RM72k - RM66k + RM6.6k = RM12.6k

Dengan pembelian rumah ni, saya dapat semula cash back RM12.6k termasuk modal deposit 10% selepas urusan jual beli selesai.

Lagi best, owner lama setuju tanggung kos baiki sebanyak RM2k.
Jadi total cashback RM14.6k 


Apa terjadi kalau saya beli rumah tu atas harga pasaran?

Harga jual: RM90k
Harga mv: RM80k
Bank loan: RM72k
Deposit: RM9kBerapa modal cash yang saya perlu sediakan?

RM90k - RM72k + RM9k = RM27k
Dahlah tak dapat cashback, kena sediakan modal RM27k pulak. Huhu..
Nampak tak bezanya?

Alhamdulillah rumah tu ansuran bulanan RM380, sekarang disewakan dengan RM600.
Untung kasar RM220 sebulan.
Jadilah buat beli pampers dan susu Raef dan Rifqie.

Nota 1: Rumah tu saya dah renovate letak tile dan table top. Current mv boleh cecah RM90k insyaAllah.
Nota 2: Kadang-kadang rumah above mv pun ada yang menguntungkan. Terpulang pada pelan palaburan anda.
Cara Nak Check Market Value? Ada macam-macam cara untuk check market value, paling tepat, tanya kat banker. Provide details pada banker, banker akan call valuer, dan kita akan dapat tau mv rumah tu. Boleh jugak tengok di website mudah.my tapi tak berapa tepat sebab kadang-kadang harga dalam website tu pun ada yang atas market value. Jadi, hati-hati. Jangan sampai terbeli rumah macam tu. 

Kita memang boleh agak-agak berapa market value rumah. Tapi, setiap kawasan memang lain harganya. Better check mv dengan banker sebelum beli rumah. Melainkan anda memang mahir kawasan tu.

Dengan harga RM350k, kat Melaka boleh dapat rumah Semi-D 42x87. Fuhhh. Tapi kat Kota Damansara boleh dapat apartment 800sqft jerrr. 

Perkongsian oleh Harith Faisal


Category Article

What's on Your Mind...