Kisah Ini Buat Anda Sedar Dan Insaf Apabila Mengherdik “Telemarketer”



Imej dari mudah.my

Kisah ini kami ambil dari perkongsian oleh saudari Siti Aishah di halaman Facebook miliknya. Kisah ini berkisarkan tentang kerjaya sebagai telemarketer yang sangat mencabar apabila terpaksa menjual servis/produk yang ditawarkan hanya melalui panggilan telefon sahaja dan terpaksa meyakinkan pelanggan serta perlu menahan makian dari pelanggan.

Kami percaya anda juga selalu berhadapan dengan situasi ini apabila anda selalu menerima panggilan dari telemarketer pelbagai jenis syarikat yang mempromosikan produk mereka seperti kad kredit, insurans, telco sehingga membuatkan anda rimas dan tidak selesa.

Namun, mereka juga mempunyai tanggungjawab yang perlu digalas dan kisah daripada bekas seorang telemarketer ini menyedarkan kami bahawa kerjaya ini bukannya mudah seperti yang disangka dan membuang tanggapan negatif kami terhadap kerjaya ini.

“Dapat panggilan dari pihak RHB bank.

Soalan pertama. “Cik Aishah boleh luangkan masa 3 minit utk mendengar maklumat terbaru dari saya?

Saya jawab “Boleh.


Dan dia teruskan secara keseluruhannya tentang plan insuran dari RHB selama 5 minit lebih (saya timing masanya :P)

Selepas dia habis…baru dia bertanya “Cik Aishah berminat?

Saya jawab “Maaf. saya tidak berminat.

Ätas alasan apa kalau Cik Aishah tak kebertan utk beritahu saya?”Tanya dia

“Komitmen saya dah banyak.Dan saya tak mampu nak adakan komitmen bulanan lagi.

Dia terus bercakap “”Takpe Cik Aishah. Kalau Cik Aissha tak nak pun takpe. Sebab say kena beritahu maklumat ini pada puan. Nanti boss saya marah.

Saya tersenyum. Hambar dibalik corong. Dan saya cakap

“Takpe. Saya faham. Sebab tu saya bagi awak bercakap sampai habis walaupun lebih dari 3minit yang awak minta. Sebab saya dahulu pun tele-marketing. Saya tahu gerak geri kita diperhatikan oleh orang atasan. Dan saya tahu cabaran awak untuk meminjam telinga-telinga yang kebanyakkan tidak sudi mendengar coletah awak dalam kekalutan harian mereka. Sebab tu saya tak potong awak cakap. Saya beri awak habiskan tugas awak utnuk mudahkan awak.

Dia kedengaran lega. Saya sebak

Sebab dahulu masa saya menajdi Tele Marketing, herdikan, hempasan telefon, amarah pelanggan sudah menjadi rasi pada cuping nipis ini. Kadang2 menahan sebak hati, mengingatkan anak dirumah yang perlu disuap makan. mengenangkan suami yg sama bertungkus lumus bekerja dikilang. Dalam hati berkata ” Ah…takpelah. Kena maki dalam telefon je. Orang tak tahu. kalau depan2 lagi malu.Yang penting, gaji penuh setiap bulan untuk anak dan suami.”

Tetapi setiap kali pulang rumah, bersendirian memandu kereta akan ada waktu rasa terhina apabila mengingatkan bagaimana diri ini diperlakukan oleh mereka2 yang sememangnya tidak berminat diganggu oleh tele marketer.

Kami tidak minta dihina. Kalau boleh kami tidak mahu menggangu anda. Tetapi itu sahajalah pekerjaan yang ada utk menampung harga beras secupak dan minyak segantang. Kami tiada pilihan selain menebalkan muka, mensebalkan hati dan tekadkan jiwa untuk mengganggu anda dengan panggilan tidak diundang kami.

Rasanya tidak rugi 3-5 minit kita untuk menggembirakan manusia yang bergelar tele marketing. Tugas mereka sangat mencabar. Percayalah. Ditekan orang atasan. Disula pelanggan.

Jadi, setiap kali anda ingin mengherdik mereka yang bergelar tele-marketing, ingatlah…

Mereka mungkin ibu2 yang sedang hamil
Atau bapa yang menanggung anak2 bersekolah
Atau anak2 yang mencari rezeki membantu ibu bapa di kampung

Kita masih manusia. Tidak mengira pangkat dan harta. 
Jangan hilang ehsan sesama kita.”- Siti Aishah

Kisah yang dikongsikan oleh saudari Siti Aishah ini betul-betul buat kami insaf dan sangat terkesan dihati kami. Kepada anda di luar sana yang memikul tugas telemarketing maafkan kami di atas kekhilafan kami. Diharapkan lepas ni kalau kita tak nak ambil servis atau produk yang ditawarkan oleh mereka, sekurang-kurangnya kita perlu dengar penjelasan dari mereka terlebih dahulu.

Sumber dari Facebook Siti Aishah. Cover Image dari Mudah.my


Category Article

What's on Your Mind...