Main Minecraft Dapat Beli Rumah Mewah RM18.9 Juta (10 Gambar)



Bintang Youtube, Jordan Maron atau lebih dikenali di saluran Youtube sebagai CaptainSparklez membuktikan sesiapa sahaja mampu bergelar jutawan hanya dengan bermain perisian permainan Minecraft.

Jordan dalam laporan Business Insider telah membeli rumah mewah bernilai AS$4.5 Juta(RM18.9juta) hasil pendapatan sepenuhnya bermain permainan tersebut.


Kediaman milik jutawan Youtube berusia 23 tahun ini berkeluasan lebih 380 meter persegi dan Jordan memilih kediaman itu kerana ia terletak berdekatan dengn kediaman pencipta permainan video Minecraft, Marcus Persson.

Dilaporkan Marcus membeli kediaman mewah di kawasan tersebut dengan nilai AS$70Juta (RM295juta) pada tahun 2014.

Saluran Youtube Captain Sparklez kini mempunyai pengikut seramai 8.8 juta pengguna Youtube dan telah mendapat jumlah tontonan seramai 1.9 billion setakat ini.

Maron muncul sebagai jutawan kerana dilamar untuk menandatangani kontrak bersama Polaris, salah satu rangkaian dari sebuah saluran media yang berasal dari anak syarkat Walt Disney Company.

Setiap video yang dikongsikan oleh Maron akan dibayar oleh syarikat berkenaan.

Maron memilih kediaman ini kerana mempunyai pemandangan yang menakjubkan dan keluasan ruang adalah 4,100 kaki persegi

LUAS: Villa ini dilengkapi dengan dapur yang luas dan mempunyai kaunter sesuai untuk menyediakan hidangan yang lazat

Ruang makan di dalam dan dipisahkan dengan slaid dinding kaca manakala diluar adalah ruang makan untuk beliau menikmati suasan makan malam sambil melihat pemandangan di luar.

Kediaman milik senssai Youtube ini dilengkapi dengan 3 ruang bilik tidur

Rumah mewah ini tersedia 5 buah bilik air dan salah satunya berdindingkan kaca untuk melihat pemandangan yang menakjubkan






Category Article

What's on Your Mind...