5 Perkara Yang Membuatkan Kaum Lelaki Menitiskan Air Mata

Lelaki digambarkan sebagai individu yang mempunyai susuk tubuh badan yang tegap dan kuat. Kelebihan ini membuatkan kaum lelaki seolah-olah kebal dari tangisan meskipun rintangan berat yang terpaksa dihadapi. Namun, kaum lelaki juga adalah insan biasa yang boleh mengeluarkan air mata sama seperti kaum wanita.


Walaupun kaum lelaki dilihat jarang menangis berbanding dengan kaum wanita, ada beberapa perkara yang boleh membuatkan seorang lelaki menangis. Ini adalah 5 perkara yang boleh membuatkan kaum lelaki megeluarkan air mata jantan mereka tu.

5. Kehilangan insan yang dicintai


Walaupun kaum lelaki kelihatan gagah dari segi fizikalnya, tetapi jika hati mereka terluka kerana kehilangan orang yang disayanginya, mereka juga tidak terlepas dari tangisan.

4. Dikhianati kekasih



Ada ungkapan kalau dikhianati kekasih, lebih baik cari yang lain. Namun, jika sudah terlalu sayang, jejaka yang dikhianati kekasihnya pasti saja akan mengeluarkan air mata. Kaum lelaki bukan seperti wanita yang gemar menunjukkan kesedihan kepada orang terdekat, tetapi kaum lelaki lebih suka menyendiri ketika rasa sedih menyelubungi diri mereka.



3. Melihat orang yang disayangi menderita
Seorang lelaki juga boleh menangis ketika melihat insan-insan yang dicintainya menderita contohnya seperti kedua orang tuanya mengalami masalah kewangan sehingga memaksa mereka untuk bekerja keras, atau ketika melihat teman-teman rapatnya menderita sakit kronik.

2. Ketika di hari pernikahan atau perkahwinan



Sebahagian besar kaum lelaki pasti akan menitiskan air mata mereka ketika di hari bahagia dan bersejarah buat diri mereka. Ini adalah kerana mereka sedar bahawa mereka perlu menempuhi perjalanan hidup baru, menjadi ketua keluarga, berusaha hidup sendiri tanpa bantuan orang lain, dan meninggalkan tabiat buruk ketika zaman bujang mereka.

1. Saat kelahiran cahaya mata



Perkara yang paling ditunggu-tunggu setiap pasangan yang sudah berkahwin adalah untuk menimang cahaya mata. Kebanyakan lelaki yang sudah bergelar bapa pastinya akan menangis ketika mendapat cahaya mata. Perasaan bangga, terharu dan gembira membuat seorang ayah tidak dapat menahan air matanya dari berlinangan.


Category Article

What's on Your Mind...