6 Tips Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri Dari Ustaz Kazim Elias. InsyaAllah Kekal Till Jannah

Kalau anda perasan, sekarang ni ramai golongan muda dah masuk ke alam perkahwinan. Bagus lah, menghalalkan apa yang haram. Tapi cabaran yang harus ditempuhi pasangan suami isteri ketika sudah berkahwin sangat mencabar. Macam-macam dugaan kena lalui.
Untuk mengekalkan rumahtangga yang dibina, suami isteri harus lah jaga pantang larang dalam hubungan. Kami senaraikan 6 tips berguna yang diambil dari Ustaz Kazim Elias. InsyaAllah berguna. #tilljannah

1. Jangan puji orang luar

Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan

2. Jangan tinggikan suara

Hindar meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati.

3. Jadi pendengar yang baik

Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya.

4. Jangan berbohong

Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.

5. Elakkan jauh dari isteri

Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid.

6. Sentiasa mengaku kesilapan

Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak bersalah/betul setiap masa.


Category Article

What's on Your Mind...