'BIAR DIA TANTRUM SAMPAI TERBARING ATAS LANTAI'

Pagi ini, dari pejabat saya sudah terdengar jeritan dari foyer. Suaranya pun macam kenal. Saya ke sana dan sah anak kami yang memang biasa tantrum setiap pagi semasa dihantar ke PK sedang tantrum lagi. 


Di meja kehadiran, seorang cikgu duduk dengan 'kejam' sibuk mengambil kehadiran dan cikgu-cikgu yang lain pun tak ambil tahu. Mereka sibuk melayan anak-anak yang lain. Hanya seorang admin staff yang sibuk memujuk. Cepat-cepat saya memberikan isyarat supaya dia meninggalkan anak ini. Biar dia tantrum sampai terbaring di atas lantai. 

Kemudian, saya pun sibuk menyambut anak-anak yang lain yang sudah mampu berdikari ke kelas masing-masing. 

Apabila tiada yang memberi perhaian kepada anak itu tadi, selepas tiga minit jeritannya reda, cikgu yang berada di situ cepat-cepat bertanya.

"Are you ready? 5, 4, 3, 2, 1!" sambil menghulurkan tangan mangajaknya berdiri. 

Cikgu yang kejam dan tidak menghiraukannya tadi cepat-cepat memberikan kad gambar dan menyuruhnya ke kelas. Ini satu senario yang gembira bagi saya. Gembira sangat apabila melihat team saya yang semakin cekap menangani tingkah laku negatif anak-anak. 

Saya selalu kata, "Tantrum is not fun when nobody is watching. So why watch? Kalau kita layan, semakin syioklah mereka mengamuk," - Hasnah Toran


Category Article

What's on Your Mind...