"Datang hospital, Doktor tak buat-apa"


Doktor tak buat apa-apa.

Pada suatu petang yang hening, tengah berangan-angan, saya pernah dikunjungi seorang pesakit wanita 60an, ditemani anaknya. Masalah beliau agak berat, pada pandangan mata saya. Beliau menghidap penyakit kulit selama berminggu-minggu yang muncul secara tiba-tiba. Macam-macam differential diagnosis berlegar dalam kepala.

Seminggu lepas beliau ke hospital. Bila ditanya apa yang dah dibuat di sana, beliau jawab doktor tak buat apa-apa. Saya tanya lagi samada doktor ada beritahu beliau apa penyakitnya. Beliau kata, doktor pun tak tau dia sakit apa. Ada 3 doktor yang memeriksa beliau pada masa itu. Ok, saya tanya lagi samada beliau diberi apa-apa rawatan atau temujanji susulan memandangkan penyakitnya masih belum dapat dipastikan. Beliau kata, tak ada ubat diberikan. "Tapi, diorang bagi saya ni, doktor," sambil hulur sekeping kertas pada saya.

Kertas itu merupakan surat rujukan ke klinik pakar perubatan yang sudah tertulis tarikh dan masa temujanji. Beliau dirujuk oleh doktor dari bahagian kecemasan hospital kerana ujian darah untuk fungsi buah pinggang beliau tidak normal dan memerlukan siasatan susulan. Beliau juga turut diperiksa oleh doktor kulit dan diberi temujanji seminggu kemudian. Doktor tak beri apa-apa ubat kerana ujian darah yang lain tidak menunjukkan jangkitan kuman.

Saya : Makcik, doktor ambil darah makcik, panggil doktor sana sini dan dapatkan temujanji. Siap ambil tarikh temujanji lagi. Makcik tinggal pergi je nanti. Makcik cakap doktor tak buat apa-apa?

Makcik sengih je. Anak makcik pun sengih je.

Makcik : Takla, saja nak try ubat sini pulak..

Haha. Tak salah untuk dapat second opinion ke, third ke. Tapi kalau kita cakap doktor tak buat apa-apa sedangkan doktor tu dah buat macam-macam, itu fitnah namanya. Kalaulah makcik tahu berapa banyak masa yang dihabiskan untuk doktor tersebut menyelesaikan kes makcik sedangkan dalam masa sebanyak tu doktor tu boleh menyelamatkan satu nyawa yang sedang bergelut dengan maut, mesti makcik tak sanggup nak cakap macam tu.


Category Article

What's on Your Mind...