Gaji Bulanan Peminjam PTPTN Kena ‘Sapu Bersih’ Bulan Ni?

PERBADANAN Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) didakwa telah melakukan pemotongan gaji untuk melunaskan bayaran pinjaman pelajaran secara berlebihan, sehinggakan akaun bank seorang pekerja kerajaan cuma tinggal baki sifar selepas potongan dibuat.


Menerusi sebuah gambar yang kini tersebar, ramai terkejut besar melihat jumlah yang besar iaitu RM3,511 direkodkan telah dipotong daripada gaji pekerja terbabit.

Akibatnya gaji bersih RM3,500 yang sepatutnya diterima habis licin ‘disapu’ PTPTN.

Peminjam terbabit dikatakan memang tidak pernah membayar kepada PTPTN sebelum ini namun potongan gaji dalam jumlah sebegitu besar telah membuatkannya ‘kusut’ kerana tidak mempunyai wang yang tinggal untuk dibelanjakan.

Carian kami di Internet mendapati, kes potongan gaji secara ‘automatik’ ini sebenarnya telah pun dikuatkuasakan sejak September 2015.

Bagaimana pun potongan ini hanya dikenakan kepada peminjam yang ingkar membuat bayaran dalam tempoh 6 bulan dan mencapai tahap gaji minimun.

Sebelum peminjam dikenakan potongan gaji secara automatik ini, pihak pengurusan PTPTN terlebih dahulu akan mengkaji latar belakang kewangan peminjam tersebut dan memutuskan jumlah yang sesuai supaya ia tidak membebankan, sehinggalah selesai pembayaran balik dibuat.

Namun apa yang menghairankan, sekiranya pihak PTPTN terlebih dahulu mengkaji latar belakang peminjam, mengapakah terjadi perkara seperti ini yang membuatkan si peminjam seakan ‘muflis’ seketika.

Apa-apa pun kami sarankan semua peminjam PTPTN sentiasa sedar bahawa pinjaman pendidikan yang diterima mereka dikenakan kadar faedah paling rendah dan ianya bukanlah satu bentuk biasiswa yang tidak perlu dibayar semula


Category Article

What's on Your Mind...