'IPHONE 6 PLUS TIBA² MELETUP DALAM POKET'




Viral di media sosial hari ini, iPhone 6 Plus milik Muhammad Asyraf Daud, meletup secara tiba-tiba di dalam poketnya. 

Difahamkan, iPhone 6 Plus itu baru saja digunakan selama 11 bulan yang dibeli dari Mac City, Dataran Pahlawan. 

"Selepas terdengar bunyi letupan yang agak kuat, saya terasa paha saya panas seperti melecur. Cepat-cepat saya ambil telefon itu dan buang ke jalan raya.

"Pihak Mac City memaklumkan mereka akan menyiasat kejadian itu terlebih dahulu. Jika tiada sebarang keraguan, mereka akan menggantikan set yang baru. 

"Namun saya sedikit pun tidak berpuas hati kerana mereka menuduh saya mungkin telah mengubah suai telefon itu yang dibeli sejak awal Februari lalu sedangkan saya tidak pernah membuka telefon itu," katanya. 

Sementara itu, para netizen menyarankannya agar memfailkan saman terhadap Apple kerana kejadian itu boleh mendatangkan kecederaan yang teruk. 

Bagaimanapun, ada segelintir yang berpendapat bahawa kes seperti ini adalah jarang berlaku. 

"Dari iPhone 2G hingga ke iPhone 6S+, tidak pernah lagi meletup. Panas ada tetapi tahap meletup belum lagi. Barang ciptaan manusia, tiada yang sempurna. Kalau ramai-ramai suruh boikot pun, takkan miskin pun Apple," kata netizen.


Category Article

What's on Your Mind...