IRAQ BAKAL BINA "THE BRIDE" BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA


Siapa sangka, negara bergolak Iraq mampu membina sebuah bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. 

Iraq bakal membina bangunan yang diberi nama The Bride, Basra yang terdiri daripada 4 menara dengan ketinggian 1,152 meter dan 230 tingkat malah memiliki antena setinggi 616 kaki.

Ini sekaligus menjadikan The Bride sebagai bangunan tertinggi di dunia mengalahkan Jeddah Tower dan Burj Khalifa.


Bangunan ini dilengkapi pembangunan dari segi hotel, pejabat, residence, komplek membeli-belah, taman, dan juga rangkaian keretaapi. 



Basra adalah terletak di sebelah selatan Iraq dan menjadi pusat perniagaan yang berkembang pesat. Nama bangunan ini diambil daripada kawasan tempatan iaitu "Pengantin Teluk". Malah mereka mengambarkan bangunan itu sebagai Bandar Menegak Yang Pertama Di Dunia.




Sumber : Ohmedia


Category Article

What's on Your Mind...