'KO MAKI POLIS, INGAT MALAYSIA INI KO PUNYA KE?!'

Susulan gambar sebuah kereta yang didakwa dipandu oleh seorang anggota polis yang membawa keretanya telah menyalahgunakan kad kuasa untuk memandu di lorong kecemasan, pemilik kereta tersebut tampil memberikan penjelasan.

"Kawan-kawan di Facebook yang terbaca kisah kereta ini, rasanya satu Malaysia dah tahu kot? Sebab lebih 1,000+ yang share gambar kereta ini. 

"Untuk pengetahuan, ini adalah kereta milik saya (Eikin Nizam). Member suami pinjam untuk balik kampung. Kereta kami ada masalah, tetapi diviralkan seperti ini ada kejadahnya? 

"Awak (Sham Castello) nak tunjuk hebat ke? Terang-terang kawan suami saya beri signal, peronda pun dah beri lampu hijau. Tetapi yang awak tak puas hati bagai itu kenapa?

"Awak maki anggota polis, awak ingat Malaysia ini awak yang punya ke? Tak ada undang-undang ke? Siasatan akan dijalankan, tunggu dan lihat. Orang yang awak maki bagai ini akan datang berjumpa dengan awak nanti. Manusia biadap! Memang awak silap banyak!" katanya.
Difahamkan, Eikin Nizam telah menghubungi Sham Castello melalui Facebook dan mengajak lelaki itu berjumpa dengan rakan suaminya. Bagaimanapun, Sham menolak tawaran itu dan menegaskan hanya sudi bertemu dengan pemiliknya sahaja. 

Menurut Hasnizam, suami kepada Eikin, berkata, keretanya yang dipinjam oleh rakannya itu mempunyai sedikit masalah dan telah meminta kebenaran peronda untuk menggunakan lorong kecemasan. 

"Ini kereta kawan saya yang dipinjam untuk balik ke kampung. Kereta saya ini memang ada masalah sikit tetapi Sham Castello ini telah 'block' kawan saya atas alasan menggunakan lorong kiri sebab dia ada masalah beri double signal lagi dan siap ada meminta kebenaran peronda lagi. Tetapi Sham Castello ini merakam gambar kereta saya dan membuat dakwaan yansg bukan-bukan. Sham Castello ini budak tarik kereta," katanya yang juga telah membuat laporan polis.


Category Article

What's on Your Mind...