'LECTURER MEMBOSANKAN! PISHANG GILE KELAS DIA!'

Trend pelajar universiti di tempat saya setelah empat tahun saya membuat pemerhatian. 


Semasa lecturer mengajar, ada yang datang lambat, sampai ke kelas berborak sakan, main telefon, layan ws, main Clash of Clans, tak fokus. Habis kelas, boleh pula berkata,

"Lecturer yang mengajar itu membosankan. Aku tak tahu aku belajar apa doe! Pishang gile kelas dia!"

Semasa lecturer kata nak bagi ujian/kuiz, masing-masing kelam kabut minta tips. Bila lecturer tak bagi,

"Jangan salahkan sayalah nanti kalau saya tak dapat score,"

Bila diberi tips pula, kelam kabut study yang tips itu. Lepas itu boleh pula berkata, "Eh? Yang ini tak pernah diajar pun?!" 

Part meniru atau toyol etc, letak ke tepi dululah.

Semasa group assignment, buat sebab nak kena buat, nak markah, sambil mengomel-ngomel, "Ah! Susahnya laaa.. Kenapalah bagi assignment yang sangat menyusahkan hidup ini? Simple-simple sudahlah. 10% saja pun,". Langsung tak nak bukan hati berfikiran jauh sedikit. 

Semasa final lagi kelakar. Masa study week sambil lewa, anggap biasa-biasa. Esok nak exam, hari ini baru kelam kabut nak study. Sambil-sambil komen lecturer tak pandai mengajar, then bagi soalan susah. 

Hmm, pelajar universiti, pandang cermin, kenang kita di mana. We such a spoil kids. Mengharap spoon feed setiap masa. Ada logik bila industri komen bahawa fresh grad kini tiada kualiti. 

Sibuk nak komen korupsi negara, padahal dia sendiri yang mengkorupkan diri sendiri, saja tutup mata.

Situasi kita ini, suka fokus pada masalah. 10 kali meeting, 10 kalilah berbincang masalah. Tak nak bincang punca. Tak nak bincang solusi. Tidaklah bermakna saya yang baik apatah lagi terbaik. Cukup untuk kita kenang yang saya, awak, kita, sebenarnya Lemah, manja, lembik. 

Kasihan mak dan ayah kita. Kalaulah mereka tahu bagaimana perangai kita di sini. - Madam Atiqah


Category Article

What's on Your Mind...