Lelaki Cerita Sikap Sebenar Si Baju Hijau Yang Merupakan MA Klinik Kerajaan

Kita sering terdengar pelbagai rungutan dan tuduhan terhadap golongan pekerja kerajaan terutama mereka yang berkhidmat dengan masyarakat atau dalam kata lain mereka yang kerjanya sentiasa bertemu orang ramai, ada mengatakan pekerja kerajaan tidak melakukan ekrja dengan ikhlas, sombong dan pelbagai tohmahan lagi.


Ya, memang ada mereka begitu tetapi hanya segelintir bahkan terlalu ramai lagi mereka yang melakukan kerja dengan ikhlas dalam membantu masyarakat.

Mereka juga manusia, jangan hanya kerana NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA, habis semua dicanang keburukan hingga lupa akan kebaikan.

Terbaru, seorang pengguna Faecbook bernama AbdAziz Ahmad telah berkongsikan sebuah cerita mengenai pengalamannya dan mendedahkan Sikap sebenar seorang doktor kerajaan di laman Facebook Siakapkeli.

Jom kita baca pengalamannya mengenai doktor berkenaan.

SIKAP SEBENAR SEORANG DOKTOR KERAJAAN!!!

Anak saudara saya telah terlibat dalam sebuah kemalangan pada pagi tadi dan sementara menunggu ambulan sampai, tiba-tiba ada seorang lelaki memberhentikan keretanya, telah keluar membawa sebuah beg dan terus memberi rawatan kecemasan kepada anak saudara saya.

Saya ternampak topi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan dalam hati saya terfikir lelaki ini mungkin anggota paramedik yang datang "on call' ke tempat kemalangan.

Selepas selesai merawat anak saudara saya sambil menunggu ambulan yang masih belum tiba saya sempat berborak dengan lelaki berkenaan dan lelaki itu memberitahu dia adalah seorang doktor yang bertugas di klinik kesihatan Kampung Pandan dan pada masa yang sama membantu JPAM.

Saya bertanya lagi, adakah dia datang membantu anak buah saya ini sebab "on call"?

Doktor berkenaan memberitahu dia sebenarnya dalam perjalanan balik ke Taiping, tetapi melihat kemalangan dia singgah dahulu membantu apa yang boleh.

Di dalam hati saya terdetik, MULIANYA hati dia, sanggup berhenti membantu walaupun dalam cuti bahkan di dalam beg kecemasannya yang digunakan itu adalah dari duitnya sendiri.

Keluarganya pula sangat 'sporting' sanggup dan tidak kisah pun tunggu di tepi jalan sambil menunggu beliau selesai membantu mangsa kemalangan.

Selepas hampir 3 jam akhirnya ambulan dan bomba sampai, doktor berkenaan pun meminta izin dan meneruskan perjalanan, sepupu saya hulurkan sedikit sumbangan namun ditolak dengan berkata dia ikhlas membantu.

Si baju hijau tu bernama Dr NAZRUL...terima kasih doktor atas keprihatinan anda..hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda..

Dari komen dalam pos berkenaan beliau adalah seorang Penolong Pegawai Perubatan atau Medical Assistant. Nama Facebooknya ialah Pokcik Tok.


Category Article

What's on Your Mind...