"Mana Kaki Abang Sebelah Lagi Ma?", Tanya Sarjan Sanip Kepada Isterinya


“Mana kaki abang yang sebelah ma,” tanya Sarjan Sanip Tukiman, 49, kepada isterinya selepas sehari sedar daripada koma selepas terlibat jalanraya dalam satu kemalangan semasa bertugas 6 November lalu.


Memetik laporan Sinar Harian, pertanyaan ini keluar selepas menyedari akan kondisi kakinya apabila dimandikan jururawat dan akhirnya diajukan kepada isteri, Zarina Maidin, 47, selepas 10 hari tidak sedarkan diri.

Siapa yang tidak rasa hiba apabila tiba-tiba terkejut melihat kaki tiada sebelah untuk digunakan kerana dipotong berikutan urat pembuluh darah tidak lagi berfungsi, lebih-lebih lagi beliau adalah seorang anggota polis yang memerlukan banyak pergerakan dalam menjalankan kerja.

“Sebaik sahaja sedar, saya nampak hujung kaki kanan tapi saya tak nampak hujung kaki kiri dan saya hanya sedar kaki kiri tiada masa staf 'nurse' mandikan saya jam 8.30 malam namun, saya hanya diam dan berniat untuk bertanyakan isteri keesokan hari.

“Esoknya saya tanya, mana kaki abang yang sebelah ma? Isteri jawab... istighfar bang, abang kena banyak sabar, ini semua kuasa ALLAH,” cerita Sanip.

Selain dirinya, seluruh keluarga redha dengan ujian ini dan bersyukut kerana bapa kepada empat cahaya mata itu terselamat selepas motosikal berkuasa besar ditunggangnya terbabas di Jalan Ayer Keroh Lama, di sini.

“Saya syukur dan saya boleh terima keadaan ini cuma saya berharap supaya saya cepat sembuh. Anak-anak dan adik beradik pun boleh terima keadaan saya. Malah semua orang termasuk rakan beri saya semangat dan sokongan.

“Pernah kejadian sama menimpa seorang pegawai saya, jika dia boleh terima keadaannya kenapa saya tak boleh? Saya tak boleh ada rasa rendah diri sebab semua yang datang melawat cakap saya boleh guna kaki palsu,” katanya.

Mengimbas kembali kejadian yang menimpanya 6 November lalu, katanya, kejadian ebrlaku sekelip mata ketika beliau dalam perjalanan ke IPK selepas melakukan penyeliaan di sekitar kawasan Ayer Keroh.

“Lebih kurang sebelum jam 8.30 pagi, saya memandu dalam 70km/j ketika melalui Jalan Ayer Keroh Lama dan laluan 'clear' cuma ada sebuah motosikal sahaja di depan, saya pandang motor itu masuk ke Mahkamah Syariah.

“Bila saya pandang depan semula, saya tiada ruang untuk mengelak dan terus melanggar tiang lampu menyebabkan saya tercampak di laluan bertentangan. Syukur laluan itupun 'clear' dan saya dibantu seorang pemandu kereta yang berhenti,” katanya.


Category Article

What's on Your Mind...