PADAH TUNJUK ISYARAT LUCAH PADA SULTAN JOHOR

JOHOR BAHRU - Padah tunjuk isyarat lucah pada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan di Lebuhraya Utara Selatan di Yong Peng, pagi semalam.


Ketika kejadian jam 11.20 pagi itu, Sultan Ibrahim yang menaiki kereta Porsche Cayenne S diiringi oleh beberapa pegawai polis yang dalam perjalanan pulang dari Muar ke Johor Bahru.

Di Kilometer 95 arah selatan, seorang lelaki yang memandu Perodua Viva berwarna putih, Md Aris bin Husin, berasal dari Serendah, Selangor, telah menunjukkan isyarat lucah serta penumbuk dengan tangan kanan. 

Sultan Ibrahim serta merta memberhentikan kenderaannya dan mengarahkan anggota polis yang mengiringinya menahan lelaki terbabit. 

Md Aris yang dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibu bapanya di Parit Raja, Johor, mengakui sengaja melakukan perbuatan biadab dan kurang ajar itu. Namun tidak menyangka bahawa orang di dalam kereta tersebut adalah Sultan Ibrahim. 

Ekoran itu, Md Aris ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 kanun yang sama


Category Article

What's on Your Mind...